Halaman

Cara Hilangkan Stress

Assalamualaikum


Memandangkan tahun ni tahun peperiksaan untuk aku. Semestinya stress itu ada. Aku selalu tertanya-tanya siapalah yang tak stress kat dunia ni. Orang gila? Orang gila pun sebelum jadi gila dia stress lagi teruk. Selain itu, bila kau stress mesti emosi kau macam tak stabil kan? Lepastu, orang sekeliling kau yang tak reti-reti nak faham perangai manusia pun mengata kau ni cepat marah lah, mengata bagai. Bukannya nak tolong ke apa. Ceriakan ke, tadah telinga nak dengar masalah ke.

 Bila emosi tak stabil, kau pun tak ada kawan nak tolong kau. Ini selalu berlaku dan benda ni lah nak tahu mana kawan mana lawan. Waktu ni lah kau dapat menilai perangai kawan-kawan kau sebenar. Kadang-kadang ada yang nak berkawan sebab duit, tak pun nak tumpang popular kau.

So, aku ada beberapa tips nak share cara mengawal stress. Anggaplah stress ni makhluk yang ntah pape yang harus dimusnahkan sebab mengganggu ketenteraman hidup.

1) Bila aku stress, aku suka dengar lagu yang high note dan aku akan nyanyi sampai keluar anak tekak. Cara ni sebenanrnya sama macam korang menjerit bila stress, tapi kalau nak jerit, mak pulak masuk bilik tengok anak kena histeria ke apa. Lagu yang aku sarankan lagu "Sudah ku Tahu" atau pun 'I Knew Were Trouble"
Peh memang jerit habislah. Mak aku pun pikir aku nyanyi. Padahal tengah jerit sebab stress.

2) Alihkan perhatian korang dari pikir masalah korang. Try untuk tengok movie. Tapi movie tu janganlah cerita yang sedih pulak. Carilah cerita yang lawak sikit. kang kalau tengok cerita sedih, kau pulak stress dengan jalan cerita dia. Sebab haritu aku penah kena. Kononnya tengok drama Goblin nak hilangkan stress, sekali time episod akhir, aku pulak stress dengan ending dia. Sampai sekarang tak hilang lagi.

3) Tengok korang punya artis kesayangan nyanyi, pastu jerit. Peh part ni aku suka sebab berangan banyak. Aku suka tengok MV Cn. Blue. Bila Jonghyun nyanyi aku pun jerit kegilaan sebab dia hensem sangat.

4) Bila kau terlalu stress, mesti rasa macam nak nangis. Please jangan nangis sangat. Buat malu je. Aku ni jenis tak suka nangis depan orang sebab orang nampak kelemahan aku and nanti dorang pikir aku mengada-ngada. So, cara nak tahan nangis, genggam tangan lepastu tepuk dada. Alah kalau korang tengok cerita ON the Way to Airport yang kdrama tu, mesti korang tahu cara ni.

Walau apa pun cara korang gunakan untuk hilang stress, ingatlah kepada Sang Pencipta kita. Cikgu aku pernah kata, "Kalau awak tengah ada masalah sangat. ambik wudhu' and solat sunat 2 rakaat, mengadu dekat Allah"

Benda ni lagi mujarab nak hilangkan stress korang sebab Allah bagi masalah or ujian sebab dia rindukan luahan hambanya. Sekian.



Movie Review: Shokubutsu Zukan: Unmei no Koi, Hiroimashita




Assalamualaikum

Sorry sebab lama tak update sebab aku terlampau busy untuk tahun ni. Time cuti kena kerja, bila masuk 2017 banyak pulak kena pikir pasal sekolah so tak ada masa nak buat review movie sebab aku dah lama gila tak tengok movie. So harini aku nak buat review cerita Evergreen Love atau dalam bahasa jepun, Shokubutsu Zukan: Unmei no Koi, Hiroimashita,

Nama perempuan ni Sayaka. Dia ni ada masalah dalam hidup, dengan family, kerja dan dia tak ada kawan. Dia rasa hidup dia ni kosong sikit and dia tak ada self-confidence langsung.

Oneday, lepas dia balik kerja, tetiba dia ternampak ada sorang laki tidur kat tempat letak basikal depan rumah dia. Time tu tengah sejuk, so dia pun offerlah laki tu masuk rumah dia, bagi dia makan and siap bagi dia tumpang tidur lagi. Nama laki tu Itsuki.


Esok tu, Itsuki masak untuk breakfast. Sayaka ni apa lagi, happylah sebab ada orang masakan untuk dia and disebabkan masakan Itsuki ni sedap, Sayaka offer Itsuki untuk tinggal dekat rumah dia dan masak setiap hari untuk dia, Itsuki pun setuju je sebab dia memang tak ada tempat nak pergi. So setiap hari Itsuki buat bento (bekal) untuk Sayaka pergi kerja. Kalau aku Sayaka, maybe aku dah gemuk sebab setiap hari orang masak sedap.

 

 Bila dah lama jadi roommate, Itsuki beli basikal untuk dia orang berdua dan setiap bulan dia orang akan pergi mencari tanaman liar or herba yang boleh dimakan. Bila balik rumah, itsuki akan masak gunkan herba tu.  Itsuki ni pakar herba, dia akan ajar Sayaka tentang herba.




Bila dah lama jadi roommate, Sayaka dah mula suka dekat Itsuki tapi dia takut Itsuki ni tak suka dia sebab Itsuki ni macam ada hubungan dengan kawan kat tempat kerja dia. Part ni konflik sikit sebab dua dua dah buat perangai. Finally, dia orang baru tahu dia orang suka each other.



Sebelum tu, Itsuki pernah cakap yang dia akan duduk dekat rumah Sayaka untuk setengah tahun je dan tarikh yang dia akan pergi adalah tarikh hari jadi Sayaka. Sebelum dia pergi, Itsuki ni buat surprise dekat Sayak, at the same time, Sayaka dah tahu Itsuki akan pergi tapi tak tahu sama ada Itsuki betul-betul pergi atau tak memandangakan dia dah ada relationship dengan Itsuki and dia berharap yang Itsuki tak tinggalkan dia.


Seperti yang dijangka, Itsuki pergi waktu Sayaka tengah tidur. Mula-mula dia ingatakan Itsuki pergi kerja macam biasa tapi bila dia balik rumah, Itsuki dah tak ada. she's trying to find Itsuki but nobody knows where he is. Lama-lama Sayaka pun pasrah dan dia rasa hidup dia kosong balik. Waktu Itsuki tinggalkan Sayaka, dia ada bagi resepi yang dia orang selalu masak untuk Sayaka dan Sayaka pun cuba untuk praktikkan benda tu.

 One day, Sayaka dapat barang dari Itsuki, dan start part ni dia dah mula tahu pasal Itsuki. So part ni kena tengok sendiri. Malas nak jadi spoiler. Selamat menonton.



Wafa 2016: Day 3 & 4

Assalamualaikum
 Day 3:

Hari ketiga aku bangun pagi sebab nak asingkan barang untuk aktiviti seterusnya. Sebenarnya tengah gelabah sikit sebab malam semalam budak sukaneka kata barang dia orang tak ada. So aku pergi awal semata-mata nak check barang tu.

Hari ketiga ni ada 3 aktiviti serentak. Gotong-royong untuk bersihkan masjid, surau, kubur. Kenduri kita orang sembelih kerbau. Sukaneka, permainan untuk menghiburkan penduduk kampung. Gambar aku tak ambik sebab sibuk cuci pinggan. Penat beb. Petang tu sukaneka pulak peh lagi la penat dengan padang basah lagi. Aku redah jelah padang tu dengan berstokin bagai.


Muka redho kena panas. Bagi sikit vitamin kat muka ni. Ingat mat salleh je ke buat. Balik KL mak bising asal muka hitam. HUH!  
Petang tu hujan. Bila kat KL nak mandi hujan tak boleh sebab hujan asid. Kat Kedah kita orang redah je siap buat video clip lagu hidustan. Well, ini je masa nak gembira macam ni, nanti dah tak boleh dah.

Malam tu Mak Ayah ajak BBQ kat rumah pulak. Sebenarnya penat tak habis lagi tu. Tapi tetap kena pergi jugak sebab malam tu malam terakhir kat Kedah so kena la create memory sikit.




Day 4:

Pagi pagi Mak Long bangun nak buat Nasi Daging untuk 'anak-anak' dia ni. Sedap beb! Rasa macam nasi arab. Mak long pun ajak anak-anak mak and anak-anak pakcik nordin datang sekali sebab mak long saja buat banyak dengan jiran sebelah aku sekali dia ajak makan.

Honestly mak long, masakan mak long sangat sedap sepanjang kita orang kat Kedah. Terutama sekali sambal belacan lepastu cicah pulak dengan pucuk putat. Ya Allah! Nikmat.






Nak balik tu semua menangis termasuk aku. Sebak pulak nak tinggalkan Kedah. Mak tak bagi balik dia cakap tinggal je sini cuti banyak lagi. Kalau boleh memang nak stay je mak. Terima kasih kepada keluarga angkat yang sudi terima kami yang serba kekurangan dan kebandaran ni. Doakan kita orang dapat buat Wafa 2.0. Kami sangat enjoy duduk dekat sini. Terima kasih semua!!