Halaman

~satu kisah rindu..~ khas untuk kawan saye nurteh yang kehilangan ayah yang tercinta...Jgn Sedeyh NURTEH BATRISHA!!!

Assalamualaikum

Orang2 yg penting di dalam cerita ini : Nurteh (saya) , Kaza (kakak pertamaku) , Kak Bella (kakak keduaku) , Abg Fattah (abg pertama), Attief (adikku) , Umi (ibuku) dan of course Abah (ayahku)... 

    Suasana riuh rendah. Begitu ramai orang di masjid Salahuddin Al-Ayubi. Empat orang perempuan dan seorang lelaki sedang berjalan laju ke arah van besar berwarna putih. Lelaki tadi terus ke tempat duduk pemandu dan empat orang perempuan tadi pula terus duduk di belakang kerusi pemandu. Van itu terus meluncur ke jalan dengan mengekori sebuah van putih yang lain.

Salah seorang perempuan itu adalah Aku. Namaku Nurteh Batrisha. Aku berumur 11 tahun. Manakala tiga lagi perempuan itu ialah Kaza, kak Bella dan sepupuku. Pemandu van putih itu juga sepupuku. Aku sengaja duduk di tepi tingkap untuk mengingat kembali kisah yang amat sedih. Kisah itu bermula di sekolah. Jam menunjukkan pukul 3:50 petang. Aku sedang menunggu ibuku yang bernama Norhayati untuk mengambilku balik ke rumah. Aku memanggil ibuku dengan panggilan ‘umi’. Sementara menunggu, Aku bermain dengan dua sahabatku iaitu Hajar dan Barokah.

  Tiba-tiba sebuah kereta yang amatku kenali meluncur masuk ke kawasan luar pagar sekolah. Kereta itu bernama Pajero. Aku bergegas mengambil beg galasku dan berlari ke arah kereta Pajero tersebut. Rupa-rupanya orang yang memandu kereta Pajero itu bukan umi. Kaza yang memandu. Nama Kaza yang sebenar ialah Nurazah Fathirah. Aku melihat di sebelah dan belakang kerusi Kaza duduk. Muka Attief masih tidak kelihatan. “Mungkin dia belum nampak Kaza dah sampai kot” bisikku di dalam hati.  Aku membuka pintu kereta dan terus memberi salam kepada Kaza. Aku melihat muka Kaza dengan penuh keliru. “Kenapa muka awak pelik semacam jer, Kaza?” tanyaku. Kaza dengan suara yang perlahan berkata  “Abah accident, Nurteh.”

  Aku dengan perasaan terkejut dan sedih hanya terus keluar dari kereta dan menyandarkan badanku di tepi kereta. Aku menahan nangis. “Aku mesti kuat” kataku di dalam hati. Aku teringat balik, Attief masih tidak munculkan dirinya lagi. Aku melangkahkan kaki kananku untuk jalan ke pintu pagar masuk sekolah.

  “Baaaaaaaaa!!!” Hajar dan Barokah menjerit ke arahku apabila Aku memasuki sekolah. Aku tidak terkejut malah Aku tidak perasan Hajar dan Barokah menjerit. Aku hanya nampak mereka dan terus menangis sambil memeluk mereka berdua. Aku tidak dapat lagi menahan tangisanku. Hajar dan Barokah terkejut melihatku menangis. “Nurteh, anti OK tak” tanya Hajar. “Anti takut sangatkah bila kiteorang terkejutkan anti tadi?” tanya Barokah pula. Aku dengan pipi yang basah memandang mereka berdua dengan keliru. “ Apa korang cakapkan ni?” tanya Aku. “ Ana nangis sebab ayah ana accidentlah!!” kataku. “Korang berdua ni terkejutkan ana ke tadi? Tak tahu pun korang terkejutkan ana?” kataku lagi.

  “Laaaaa!! Ingatkan anti takut sangat kiteorang terkejutkan anti tadi..” kata Barokah. “Apa yang anti cakap tadi, Nurteh? Siapa yang accident?” Tanya Hajar. “Pak cik saudara dia lah yang accident. Aperlah Hajar ni bukan nak dengar betul-betul” kata Barokah.  Aduuiiii~!!! Macam tu pula dah sahabat-sahabatku ni. Hatiku tenang sedikit bila duduk dengan sahabat-sahabatku ini. “Bukan pakcik ana lah!! Ayah ana!!” kataku dengan suara yang agak meninggi sedikit. “Apa?” Tanya Barokah dan Hajar serentak. “Ayah anti accident!! Biar betul!!” kata Barokah. Aku hanya mengangguk sedikit. Hatiku kembali terasa sedih.

“Teman ana carikan adik ana, boleh tak?” tanyaku kepada sahabat-sahabatku. Mereka hanya mengangguk sahaja. Kami terus berjalan sambil mata mencari-cari adikku. “Haaa!!! Itu dia.” Kata Hajar. Aku terus berlari ke arah Attief. Aku memberitahu Attief tentang Abah. Dia terus berlari mengambil beg galasnya dan masuk ke dalam kereta Pajero. Aku melihat di dalam kereta Pajero. Kelihatan abang Fattah sudah ada di dalam kereta. Aku memberi salam dan berterima kasih kepada sahabatku. Aku bergegas memasuki kereta Pajero. Hajar dan Barokah hanya memandang kereta Pajero meluncur laju meninggalkan mereka.

  “Umi dan Kak Bella sudah sampai kat hospital. Kita tunggu sahaja dekat rumah. Nanti Cik Nah ambil kita.” Kata Kaza. Aku, Attief dan abang Fattah hanya mengangguk sahaja. Suasana sepi sekejap di dalam kereta Pajero. “Abah masih hidup lagi ke?” kata Attief memecahkan kesunyian. Kaza menganggukkan kepalanya dengan perlahan. Apabila kami semua sudah sampai ke rumah. Aku terus masuk ke bilikku dan membersihkan diriku. Apabila kedengaran bunyi azan asar, Aku terus mengambil air wudu’ dan solat asar berjemaah bersama abangg Fattah, Kaza dan Attief.

  Masa berjalan dengan pantas. Sudah hampir pukul 9:30 malam. Kedengaran bunyi enjin kereta di depan pagar rumahku. Aku bergegas melihat melalui tingkap. “Mereka dah sampai.” Kataku kepada Kaza, abg Fattah dan Attief. Kami terus memasuki kereta Cik Nah dengan pantas. Dalam setengah jam sahaja perjalanan kami ke Hospital Sungai Buloh. Apabila Aku mencecah kakiku di dalam Hospital, hatiku amat berdebar-debar. “Wad Encik Kamarulzaman berada di tingkat 3. Sila naik menggunakan lif itu” kata pekerja di hospital itu sambil menunjukkan jarinya ke arah lif. Aku bergegas masuk ke lif itu dan menekan butang nombor 3. Lif itu naik ke atas dan akhirnya sampai ke tingkat 3. Begitu ramai orang di depan wad ICU. Itulah nama wad abah. Masa kami sampai, abah kena operation. Jadi kami menunggu sampai keesokan pagi.

Waktu tengah hari, cuaca amat panas.  Aku dan keluarga-keluarga belah abah dan umi berjalan dengan pantas ke depan pintu masuk wad ICU. Wad ICU perlu masuk dua orang untuk satu pesakit. Aku dan adikku masuk bersama-sama. Alangkah terkejutnya apabila Aku melihat abah. Air yang bersih mengalir di pipi Aku dan adikku. Muka abah tidak lagi seperti dulu. Abah kaku tidak bergerak.  Aku menangis dan menangis sehinga mataku bengkak.

  “Nurteh, dah sampai.” Kata kak Bella. Aku tersedar dari kisah yang sedih itu. Aku melihat di luar. Begitu ramai orang berdiri dengan muka yang sedih. Aku bergegas turun dari van dan melihat ramai lelaki yang menolong galikan tanah untuk meletak jenazah di dalam. Aku juga melihat jenazah abah di kuburkan. “Abah koma selama 2 bulan dan tidak sedar-sedar hingga ke akhir hayatnya.” Bisikku di dalam hati. “ tarikh hari ini 16 Mei. Dan Aku akan mengingat tarikh itu sampai bila-bila. 


Kalau ader orang x faham dengan cerita ini, x ape. mmg ni first time nurteh tulis..hehe

THANKS FOR READING!!
Family~!!!

2 ulasan:

www.mongjimongji.blogspot.com berkata...

Best la dengar cite nii

tirex here berkata...

Cerite nie kawan saye buat sendiri.. Bukan Copy/paste tau.