Halaman

Graduation.

Assalamualaikum
Buat pertama kalinya, SRIAAG buat hari GRADUASI untuk pelajar tahun 6.Wah, I'm so happy! rasa macam pelajar Universiti je. Mana taknya, last graduasi time aku Tadika. Memang aku rindu giler zaman tu. 

"Kalau acara nie berjalan dengan lancar, next year kita akan buat lagi."

Dengan idea jahat, kita orang akan buat acara itu jadi tak betul sebab kita orang tak nak batch tahun depan buat lagi. Macam-macam kita orang plan tapi semua tak buat sebab takut cikgu-cikgu bising. Kesian la kat cikgu tu, majlis macam nie buat main-main.

Acara itu bermula pada jam 8.00 tapi tu sebenarnya raptai lagi. Sebenarnya start lepas zohor. Yang tak boleh tahannya, malas nak beratur punya pasal, boleh pulak kwan-kawan aku lepak makan maggie cup dekat belakang. Memang nak kena penyepak sulung la nie.

Lepas je solat Zohor, aku and kawan-kawan aku berdebar-debar sakan. Sebelum masuk sempat nak ambik gambar. Aku pulak yang pura-pura cool tapi dalam hati dah kecut giler nie ambik gambar dengan kawan-kawan. Menahan kecut la katakan.

Amacam? Nampak gerun tak? Sorry la gambar nie terang sangat. Aku pun taktau kenapa aku kecut pilih filter tu.  Gambar nie betul-betul time nak masuk dewan tapi yang lain tu time raptai.


Pelajar mithali 2012. Taniah Nurin.



Yang nie pun sama time nak masuk. Untuk hilangkan gelabah la katakan.

Sebelum masuk dewan, ada la satu cerita. Liyana time tu call mak dia sebab mak dia tak sampai-sampai lagi tapi abang dia yang angkat. Semua mak ayah murid dah sampai. Macam mak ayah aku, ayah aku siap duduk belakang VIP lagi. Lepastu, dia terlupa nak off kan phone. Maksudnya, abang-abang dia boleh dengar lagi sebab tak off. Dalam masa setengah jam, abang-abang dia and makcik dia boleh dengar apa yang kita orang borak.

"Ish...ish.. Teruknya korang nie. Mengumpat je kerja."

Itu la ucapan yang abang dia buat. Nasib baik  aku tak borak pasal hater aku.




Muka pucat ouh time nie. Dengan ramainya mak bapak yang tengok aku. Terharu beb.


Sebelum graduasi lagi, aku dah cakap dekat cikgu aku yang nak buat gambar tambahan. ala-ala outdoor gitu. Cikgu tu kata okay sebab menantu dia photographer kita orang.




Memang aku suka time outdoor. Sebenarnya, ada banyak tapi tak ambik lagi dekat sekolah.

Pkay latu. Itu sahaja gambarnya.

Tiada ulasan: