Halaman

Al-Amin 2013

Assalamualaikum
Al-Amin sekrang dah cantik la. Haish, kenapalah time aku dah habis sekolah rendah and pindah jugaklah ada benda baru. Rasa nak cekik pengurus dia pun ada. Geram la. Tapi pelajar-pelajar sana cakap Al-amin macam *Tadika* sebab banyak conteng-conteng. Tapi bagi aku biasa la tu. Sekolah rendah macam *Tadika* sikit. By the way, aku pergi sana nak jumpa kawan-kawan lama. Rindu gila dengan dia orang. 
Jumpa, terjerit-jerit. Macam kena sampuk je. Ramai jugaklah yang pandang pelik dengan kita orang.
Tengoklah. Betapa tembamnya pipiku ini. Makan coklat je tiap hari. memang naik la wajah. Amira kata muka dia pelik dalam gambar nie. Tapi aku rasa tak pelik pun asalkan menutup aurat.
Muka poyo dengan peace dia. Ini budak baru lepas birthday dia, Maisarah Sola. Bakal ustazah pilihan SMIAAG 2017. Pecayalah, InsyaAllah. Mereka memang tak boleh tengok camera. Aku baru je bawak keluar dah ambik dulu. Aceceh.. Nasib baik ada yang bawak camera dan camera aku tidak jadi sasaran mereka. Bukan nak kata kedekut, camera abang plus my mom nak bawak pergi balik kampung. Kalau rosak, Ancane tu Tira?

Sarah Sharifudin and Deena Naser 
Aku dengan dia nielah, Deena pergi sama-sama. Jalan kaki dari UIAM gitu. Kuat betul kaki kami nie. Padahal tak sejauh mana pun yang difikirkan.Tapi bila nak masuk kawasan Al-Amin tu, rasa macam orang asing gila. Mana taknya, semua mata memandang bila masuk. Seperti artis popular gitu.. Ke seperti persalah masuk makamah? Okay, gurauan disitu.
Dia nie memang gila sikit. Berlari lompat-lompat datang kat aku. Excited la katakan. Terus peluk-peluk aku. Memang aku rindu dia sangat-sangat. Lama tak jumpa sebab time dekat rumah Maisarah dia tak ada. Dia balik kampung halaman tercintanya.
Time aku datang, ada pertandingan bola jaring. As-Solah vs Al-Fath. Time nie memang sengit sebab Al-Fath  yang main kebenyakkan wakil MSSD tapi As-Solah tak ramai mana pun wakil. Tapi mereka memang hebat. Penjaring goal dia memang hebatlah jugak. 8-1 kot. Gila tak hebat. Aku pun terkejut. Macam mana bole jadi macam nie?
  
Inilah juara. Tengok, bertapa solehahnya mereka ini. Dengan memakai tudung labuh, tiada alasan untuk bersukan. Kadang-kadang aku tengok murid-murid sekolah baru aku nie, time merentas desa, yang pakai tudung time lari bukak pakai anak tudung je. Ada yang lari sampai ikat nampak dada. Alasan, rimas. Eh, hello, selama nie aku pakai tudung labuh elok je. Bersukan bola jaring, krs lagi la.. Tiada alasan untuk menutup aurat. 
Rasanya dah lenguh tangan nie menaip.
kasut misai saya  ;)

Gambar dari Kak Iman
The last picture.Gaya gelatis ditunjukkan semasa bergambar.  Nie gambar tadi. Yang lain tu semua gambar hari rabu. Yang lawaknya, bila aku datang dengan pakaian sekolah, boleh pulak dia orang cakap

Lecana tu tak boleh besar lagi ka?

Ya Allah, besarnya lencana


Nak buat macam mana. Pihak sekolah dah tetapkan la katakan. Maybe mereka amat jakun sedikit dengan lencana yang agak besar.

Apa apa pun. Aku memang rindu Al_amin and sayang dia orang.

Tiada ulasan: