Halaman

Happy Birthday Maisarah Sola..

Assalamualaikum
Tak sangka mai nak buat Birthday Party. Wah!! Dah lama gila tak datang majlis-majlis hari lahir dia..

Tergelak bila baca benda nie.. Hahaha... Yeahh I know abang dia yang habis SPM memang tengah goyang kaki. maybe memang khas untuk Abang dia.

with Birthday girl.. Time tu tak tahu kenapa tudung macam hamprak je. So.. Lantak jela.. Asalkan bergambar sakan. Gambar nie time kita orang lari dari kekecohan. Malas nak layan, kita orang pun ambik la. Yang best, semua tak perasan.

Nie la orang kuat makan (termasuk aku) Mana taknya, aku, Liyana, Nabihah,Tihani (tak pasti) seorang dua pinggan. Dengan muka tembok, ambik makanan banyak-banyak. Mana yang pinggan lagi satu, letak kat tepi. Aku adalah jugak sampai makan 2,3 kali. Lapar beb. Rugilah tak ambil kesempatan. Makanan banyak sedap. Kambing bakar pun ada. Jangan main-main. Siap abang Liyana cakap lagi

Nie macam rumah kenduri kahwin je..

Hah! Sampai macam tu sekali. Aku pun tak percaya mula-mula. Ingatkan buat simple untuk kawan-kawan je. Alih-alih sampai rumah dia, tergantung belon-belon kat dalam rumah.



Nie hadiah dari Aimi dan Atilah, kek Tiramisu. Aku tak rasa pun sebab tak berapa minat walaupun tu dulu kegemaran aku sampai waktu kecik aku panggil 'Tirabisu'. Nama pun nak dekat-dekat. Tapi mereka bilang, kuih ini muak sedikit.


Inilah kek dia. Comelkan lilin dia. Kek dia sangat sedap. Walaupun coklat tapi tak muak sangat.


Okay, time ptong kek nie paling kelakar bila abang dia tanya

Nak baca doa apa nie? Doa tahlil ke apa?

Macam kua ajaq je. Yela tahlilkan selalunya untuk orang mati. Sesedap je abang dia nie. Aku dengan Liyana dah tergelak-gelak kat belakang.
Amira kata bukti dia sayang kat Mai, dia nak nyanyikan lagu untuk Mai.

Baru je nak ambik gambar guna Iphone aku, tetiba kak Dibah datang, Woo!! Satu rumah dia bising bilang kita orang jerit. Bising gila.


Goyang sikit *sorry*









Inilah hasil-hasil yang kami ambek selepas potong kek. Lama la jugak. Sebenarnya ada banyak lagi, tapi dalam camera Sarah. Semua gambar nie dari camera aku and Kak Dibah.

After semua-semua, kamek-kamek semua keluar mandi kolam tapi aku and ramai lagi tak mandi. Malas la nak mandi. Nak tukar baju lagi. Tapi cemburu sikit dengan dia orang sebab dapat mandi-mandi.
Tengah lepak baru habis cendol, main belon dengan sarah. Tetiba sepupu aku datang. Hmm.. memang spoil jela kan.. Apa-apa pun aku happy gila. 
Saya Korang Ketat-Ketat

Tiada ulasan: