Halaman

Novel: 40 Lukisan Hati




Sinopsis:

Azam, Rozana, Syakila, Rizal. Mereka membawa seribu satu cerita yang tersendiri di sebalik kehidupan mereka di kampus. Azam digelar Badak, Rozana aka Tupai Tanah dan Syakila sebagai Comot berkawan rapat kemana sahaja pasti bertiga. Tetapi dalam diam Azam menaruh minat pada Syakila. Seorang gadis ayu yang pendiam dan bertudung labuh.

Tetapi kemunculan Rizal mengubah segala-galanya. Syakila tiba-tiba sahaja menghilangkan diri dari kampus. Hanya Rozana yang tahu Syakila berhenti belajar tetapi tiada siapa pun yang tahu penyebab Syakila tiba-tiba berhenti belajar termasuklah Rozana. Azam mula hilang arah tuju hidup sepertimana Syakila menghilangkan dirinya. Daripada badak yang ceria kepada kancil yang uzur perumpamaannya.

Rizal mula berkawan rapat dengan Rozana dan Azam tak senang dengan perkara ini. Rizal bukan lelaki yang baik! Itu kata Azam, tapi bagi Rozana sebaliknya. Semuanya kerana cinta. Hubungan Azam dan Rozana mula renggang.

Midhamuna atau Muna pula muncul! Wajahnya mirip sekali Syakila dan Azam mula ceria semula. Kemunculannya juga bukan saja mengacau bilaukan hubungan Rizal dan Rozana tapi membongkar satu rahsia yang tak pernah mereka semua tahu mengenai Syakila dan Rizal!

Syakila yang tiba-tiba muncul semula mengejutkan Rozana dan Azam. Lakon layar apa yang dimainkan Muna dan Syakila ni? Siapa pula bayi kecil yang bersama Syakila? Kenapa Rizal ditangkap polis? 40 lukisan hati yang penuh lukisan kehidupan cinta pelajar bakal menjawabnya.



Aku nak habaq sikit. Aku rasa, novel ni la novel pertama aku yang 'habis' baca. Yang lain semua berterabur. Dan ini ialah novel dewasa pertama aku. Sebenarnya, novel nie bukan dewasa sangat. Lagi pun, ia nipis. Kakak aku tak sampai sehari dah habis baca. Normal la, time tu kakak aku form 4/5, aku pulak time tu darjah 2. Perbezaan ketara tu. Ending cerita nie sangat best. Tapi ada part korang akan terkejut bila baca. Serious! Cerita nie korang memang tak boleh jangka macam novel lain. Die lain daripada lain.

Selamat Membaca :)

Tiada ulasan: