Halaman

Novel: Dear Yayah (Semua Siri)

Assalamualaikum
Dear Yayah 1

Sinopsis:

Sinopsis Alam remaja memang indah. Tak lengkaplah dunia remaja kalau tiada kawan-kawan, surat dan yang paling penting...Diari (biasalah budak perempuan). 
Elemen-elemen penting dalam hidupku:
Yayah - Diari kesayangan
Suria - Bestfriend merangkap roommate. Minat kat Khairi (jejaka idaman Malaya katanya tapi mamat tu tak tahu pun Suria minat kat dia )
Hazman - Bestfriend juga. Selalu bagi surat kat aku sebab kawan senyap-senyap. Malu pulak nak cerita.
IK - Mamat misteri yang selalu bagi kad yang cute-cute kat Suria (Jealous betul!)




Dear Yayah 2
      Sinopsis:

     Dear Yayah kembali lagi. Kali ini dengan diari kehidupannya      yang baru. Jihan dan Suria sudah tidak perlu menyorok lagi      kerana semua pelajar sudah tahu mengenai persahabatan          mereka dengan Hazman dan Khairi. Tetapi mereka masih          juga meneruskan aktiviti menghantar surat dan kad-kad         yang comel. Rupa-rupanya Jihan mempunyai seorang kawan    baik bernama Kamal. Ini menimbulkan rasa cemburu dalam diri Hazman. Tetapi, tiba-tiba sesuatu yang tidak terduga terjadi menyebabkan Jihan jadi tidak keruan dan mula menyendiri...






Dear Yayah 3                                
Sinopsis:

Jihan kembali lagi dengan cerita baru!

SPM makin hampir!
Jadual makin padat.
Hari-hari terakhir di mereka maktab... terisi dengan kenangan pahit ataupun manis?

Siapa Kartini? Mengapa dia tiba-tiba menjelma dalam hidup Jihan?

Apa pula cerita Suria dan Khairi? Mengapa Adam tiba-tiba menyisihkan diri?






Dear Yayah 4
Sinopsis:

Kali ini, Jihan dah tamat sekolah. Macam mana agaknya hidup Jihan di rumah tanpa teman-teman yang menemaninya selama 5 tahun. Apa keputusan SPM Jihan dan kawan-kawannya? Berdebar-debar pula rasanya…
Yayah - Dah masuk tahun baru. Jadi guna diari baru. Comel sangat. Harap-harap tahun ni penuh dengan catatan yang menggembirakan.
Hazman – Balik kampung tapi masih berbalas surat dengan aku. Cuma posmen kami bukan Sofian lagi. Tapi dah naik taraf sikit, sekarang dah pandai guna telefon pula.
Suria – Tiap-tiap malam menelefon Suria. Maklumlah roommate kan dulu. Dah terbiasa berbual dengannya sebelum masuk tidur. (Tak dapat buang tabiat tu!)
Khairi – Dah duduk jauh nun di Chicago. Sebab tu Suria tak berapa ceria sekarang….


Dear Yayah: Sejuknya Eau Claire

Sinopsis: 

Jihan dan Suria terbang ke Eau Claire bagi menyambung  pengajiannya. Sepanjang di luar negara, pelbagai pengalaman menarik dialami oleh mereka, antaranya bermain salji, memetik buah epal dan mempunyai keluarga angkat yang berlainan agama. Bagaimana mereka berdua mengharungi hidup yang jauh dari keluarga dan rakan-rakan tersayang? Ikuti travelog Jihan sepanjang di Eau Claire dalam buku terbaru Dear Yayah.











Kalau korang nak tahu, novel nie la membawa semangat aku untuk belajar dekat asrama dengan belajar dekat luar negara. Aku tak tahu kenapa. Tetapi novel nie dah menarik minat aku untuk buat semua benda. Dulu, aku selalu angan angan Mak Jenin nak jadi macam Jihan. Alahai.. Tinggi betoi angan angan mu.

Selamat Membaca :)

Tiada ulasan: