Halaman

Novel: Sisa Cinta Kita

Assalamualaikum

Sinopsis:

Cil Nyet? nama yang dibenci Qisha sepanjang dia bergelar mahasiswa. ini semua angkara Aqif, senior yang sering membuli dan mengenakan Qisha semasa minggu orientasi. namun tanpa sedar, perasaan cinta mula berputik dalm diri masing-masing setelah mereka mula mengenali antara satu sama lain. demi sebuah cinta Qisha sanggup menjadi anak derhaka. tetapi kenapa cintanya tidak semanis yang diimpikan? mengapa cintanya sering dikhianati? lebih tragis lagi cintanya dicemari apabila Qisha menyaksikan sendiri bagaimana bapanya dibunuh oleh kekasih hatinya. inikah harga yang perlu dibayar Qisha demi mempertahankan cintanya? 

"Abang terlalu cintakan Qisha dan abang tahu Qisha juga begitu. cuma hanya kerana tragedi hitam itu membuatkan Qisha terpaksa padam semua perasaan Qisha terhadap abang. Dugaan ini walaupun berat kita terpaksa hadapinya dengan tabah. Demi cinta kita abang akan cari siapa pembunuh sebenar papa Qisha dan selagi Qisha bergelar isteri abang, abang akan jaga Qisha dengan baik." - Aqif


"Sudah! Mummy tak nak lihat lagi air mata anak kesayangan mummy ini. Sebaliknya mulai hari ini mummy nak lihat air mata daripada anak anjing itu! Dengar sini Qisha,mulai hari ini,mummy nak Qisha buat anak anjing itu menangis." - Datin Melisa


"Aku tak sangka kau menggunakan taktik kotor begini untuk mendapatkan aku. Kau memang sudah dapat tubuh aku tetapi tidak hati aku! Kau tak akan dapat sampai bila-bila. Atas nama papa aku,aku bersumpah akan membalas balik setiap perbuatan jahat yang telah engkau lakukan kepadanya. Aku tak tahu apa niat engkau yang sebenarnya berkahwin dengan aku tapi kau mesti ingat,aku akan pastikan kau menyesal dengan perkahwinan ini. Aku akan buat kau menyesal sebab jadi suami aku!" - Qisha


Novel nie aku beli time aku habis UPSR. Sebenarnya, aku memang nak baca sebelum UPSR lagi. Memandangkan nak exam, aku terpaksa tundakan niat aku nak baca.

Cerita nie sangat sangat menyakitkan hati kalau korang nak tahu. Part tengah je. Yang first tu best tapi yang ending die tu sedih sikitlah. Apa-apa pun cerita nie best. Rugi tak baca.

Selamat Membaca :)


Tiada ulasan: