Halaman

Novel: Sayang Cikgu Ketat-ketat

Assalamualaikum


Sinopsis:

Nurul Anis adalah seorang anak yang bercita-cita tinggi mahu mengubah nasib keluarganya yang hidup di dalam serba kekurangan. Di sekolah dia menjadi perhatian Cikgu Safarin yang sering membantunya. Pelbagai cara telah dibuat oleh Cikgu Safarin semata-mata untuk menarik perhatian Nurul Anis. Setiap kali perasaannya cuba diluah, ada saja perkara yang menghalang sehingga memaksa Cikgu Safarin meluahkan rasa hati melalui ‘tulisan’ di belakang buku rujukan milik Nurul Anis. Dalam usaha Cikgu Safarin memikat Nurul Anis, ternyata, cinta yang lahir dari lubuk hati Cikgu Safarin itu bersahut jua. Antara pelajar dan guru, kasih sayang dipupuk dan disemai sehingga membawa ke jinjang pelamin di waktu usia Nurul Anis masih muda. “Jadi... Anis sudah buat keputusan? Anis akan terima lamaran saya?” “Cikgu... saya cintakan cikgu tapi untuk berkahwin dengan cikgu dalam usia saya yang semuda ini, sangat berat bagi saya. Cuma itu aje yang cikgu kena faham.” Kebahagiaan melayari rumah tangga mula dikecapi di awal pernikahan. Namun SMS daripada bekas tunang Cikgu Safarin mula menghantui fikiran Nurul Anis. Pertemuan di antara Cikgu Safarin dengan Aida untuk menyelesaikan masalah dan menjelaskan semuanya membawa bahana yang besar di dalam rumah tangga mereka sehingga terjadinya satu malapetaka yang hampir-hampir meragut nyawa Cikgu Safarin. Nurul Anis mula dihimpit rasa bersalah setelah Cikgu Safarin terlantar koma. Dalam pada itu juga, kehadiran Aida seringkali menyakiti hati Nurul Anis dengan mendakwa dirinya bakal menjadi isteri kedua kepada Cikgu Safarin. Betapa luluhnya perasaan seorang isteri apabila mendengar pengakuan itu. “Awak terlalu naif Nurul Anis. Saya adalah cinta pertama Arin. Awak ingat senang-senang ke dia nak lupakan saya? Tak mungkin!” Berjayakah Aida mencuri kembali hati Cikgu Safarin? Apakah masih sempat Nurul Anis membisikkan ucapan hikmat ‘sayang cikgu ketat-ketat’ kepada suaminya?

Sebenarnya ada cerita disebalik novel nie. Lagi pun, time tu aku terjumpe cerita nie dekat Penulisan2u. Aku ingat tak ada novel die, rupa-rupanya, time aku tengok dekat kedai buku UIAM, aku terjumpa dan terus beli. Kat sekolah, aku siap promote dekat semua orang, dapat sambutan yang hangat. huwoo.. Ramai nak pinjam meh. Aku pun bagi jela. Alih-alih kena rampas dengan cikgu, tapi dia orang ganti balik. Aku tak sangka, ada jugak cikgu yang berani ngorat anak mrid sendiri dan aku tak sangka ada jugak nak uji tahap sayang sampai macam tu sekali. Tak percaya. Kalau aku, hmm. Mimpi jela. *Peace*

Selamat Membaca :)

Tiada ulasan: