Halaman

Kebodohan yang Dulu

Assalamualaikum
Bila aku bosan tak tahu buat apa-apa atau malam-malam tak boleh tidur, aku selalu termenung dan terkenang perangai aku yang lepas. Walaupun satu jam yang lalu. Aku akan fikir balik setiap tindakan yang aku buat. Bila difikikan balik, memang semua tu bagi aku sangat bodoh. Entahlah, aku rasa diri aku ni suka bertindak tanpa fikir apa yang berlaku. 

Banyak lah jugak yang aku rasa bodoh macam ngumpat orang, kata dia ni tulah, ni lah. Tapi aku tak kenal benar-benar diri dia. Dan pada suatu hari bila kita kenal, kita rasa macam 

'eh, dia ni okay jela.'
'bodohnya kau ni, pergi judge sesuke hati kenapa.'

Itu jelah perkataan yang selalu aku cakap dalam diri aku. Sebelum tu, mintak maaflah kalau ada terngumpat ke apa. Tapi serious, benda tu beri kita impak yang besar dan selalu rasa bersalah dan aku rasa nak cari mesin masa macam doraemon untuk putarkan masa balik. Banyak kalilah aku cakap diri aku ni bodoh. Tulah, jarang mendekatkan diri dengan Allah.

So, aku harap, kalau korang ada perangai macam ni, mintak buanglah ye. Doakan aku supaya selalu mengawal tingkah laku sebelum melakukannya. Aku pun akan doakan korang.

Tiada ulasan: