Halaman

Asrama

Assalamualaikum

Hey! Hey! Lama tak jumpa. dah bersawang dah blog ni. Almaklum tuan dia ni dah masuk asrama. Kalau nak update pun tak sempat and tak tahu nak tulis apa. Tapi hari ni tetiba ada mentol keluar dari kepala. Hah! Mailah aku cerita pasal first day masuk asrama.

Cenggini, mak aku nie nak masukkan aku hari isnin sebelum cuti raya cina. tanpa aku duga. Tak sempat nak jumpa kawan-kawan SRIAAG. time aku pindah semua dah menyinga sebab tak bagitau. Balik pun 2 minggu sekali. tu pun kalau warden baik hati. Kalau ramai buat masalah, jangan haraplah.

First day, rasa awkward gila. Bila kita dekat tempat orang, mesti la kita kena sopan santun. Aku masuk asrama macam rusa masuk kampung. Yelah, aku mana tahu basic masuk asrama. Yang aku tahu pun sikit. tu pun baca dari cerita novel. Baru masuk dah macam-macam kena. Nak tahu? Aku kena kunci. 2 kali berturut-turut dalam sehari. sebab 1. Aku turun lambat. 2, aku tak bagitau kakak AJK yang aku nak naik atas sebab tertinggal botol air. Manalah aku tahu. Kalau aku tahu takdenya aku nak buat.

Homesick? Sape kata aku tak homesick. Kalau yang masuk asrama tak homesick memang penipu. Homesick aku paling teruk. Sampai demam-demam. kadang-kadang menangis dekat katil lepastu tutup muka. Itu paling lawak. Time prep pun same. Nangis lepastu tutup dengan buku. Kelakar bila teringat benda tu.

Tapi yang paling best bila birthday. Ada sekali tu time aku birthday main simbah-simbah air sampai air masuk telinga. Macam gila dibuatnya. Asrama memang seronok tapi yang tak seronok selalu tertidur dalam kelas. Asyik kena sound je. Walaupun minum air bertong-tong still ngantok.

Lagi satu, kalau masuk asrma nie yang best sebab function. Ala jamuan macam-macam. Time nielah semua pelajar nak bergaya. macam macam style ade. sehari sebelum function kena buat tutorial tudung dekat dalam dorm. Yang paling lawak, aku lah yang jadi mak andam. pakaikan selendang orang.

So, kalau ada yang nak masuk asrama, korang kena tabah dalam semua dugaan. Jangan jadi macam cikgu aku, 3 hari je masuk asrama. Lagi satu, jangan jadi pemalas. Nanti korang akan dianggap pengotor. Good Luck kepada yang nak masuk asrama ni.


Tiada ulasan: