Halaman

Resepi: Pisang Cheese


Assalamualaikum.

Hujung minggu hari tu, mama dengan papa pergi pasar untuk beli barang dapur. Mama dah lama decide nak buat pisang cheese. Alang-alang pergi pasar terus beli pisang 'raja'. Balik tu mama suru aku parut cheese dan mama start bakar pisang. Sebenarnya, kalau korang nak buat pisang cheese ni, lagi elok kalau dibakar. Kalau korang goreng pisang ni dengan tepung, campur pelak dengan cheese, rasa lagi muak. Aku makan fish n chip pun dah muak. Lagipun kalau bakar ni elok untuk kesihatan. Kalau ade yang nak diet tapi teringin nak makan, elok buat sendiri lepastu bakar. 

Bahan-bahan:
Pisang raja setandan (dibelah dua)
Cheese cheddar (diparut)
Susu pekat coklat. ( susu pekat biasa pun boleh)
Minyak or mentega or butter 
Chocolate rice

Cara-cara:

1. Panaskan kuali, sapu mentega. Lepastu ambik pisang yang sudah dibelah dua.
2. Tunggu sampai pisang nampak kehitaman atau pun ikut cita rasa anda. Jangan sampai hangus pulak. 
3. Kalau dah rasa pisang okay, angkat dan letak di piring. Taburkan cheese dan chocolate rice dan banjirkan dengan susu pekat coklat. ( tapi i guna susu pekat je.)

Selamat mencuba. 😊

Tiada ulasan: