Halaman

Cita-cita

Assalamualaikum.

Dulu time darjah 6, lepas habis upsr, mak aku selalu bising sebab aku asyik baca novel. Katanya, kalau jadi penulis novel, gaji sikit. Ya, mak aku tahu aku nak jadi penulis. Bila aku tengok Ain Maisarah tu. Okay je. Banyak jugak projek. Aku pernah cakap kat kakak aku

"Kaya doe die nie, siap projek nak buat banglo."

"Memang la kaya. Dia kan tulis buku."- kakak

"Tapi mama kata penulis ni gaji kecik"- me

Tapi sekarang ni, bila banyak cerita ikut novel, banayk penulis dah berjaya, mak aku suruh abang aku tulis buku or tulis lagu. 

"Tak ada masa nak buat."- abang

Dulu mak aku selalu marah sebab aku tak ada cita-cita. Yelah. Nak jadi penulis dihalang. Time form 1, baru aku rasa diri ni kreatif and tetiba nak jadi arkitek. Siap buat research lagi dengan kakak student uiam.

"Takpayah ambik arkitek la dik. Susah sikit otak kena kreatif,"- kakak uiam.

Lepastu tukar nak jadi doktor, tapi aku tak nak bedah katak setiap bulan. So, aku decide nak jadi doktor orang gila. Tapi mama tak bagi sebab nanti aku akan gila. 

"Tak apalah, nanti boleh main sep-sep ke batu seremban dengan dia orang."

Aku ubah lagi, nak jadi lawyer, tapi papa tak bagi. so benda yang paling aku suka kaunseling orang. So, sekarang aku nak jadi doktor psikology. 


Please jangan ada yang nak tukar cita-cita aku lagi. 

Tiada ulasan: