Halaman

Sabar

Assalamualaikum

Hari nie, aku pergi ceramah agama kat bangi. Persatuan minang yang buat, well aku kan orang minang. Pagi tadi aku tengah bersiap, mama suruh ambik kuih kat rumah jiran. Bayangkan la, aku yang belum bersiap ni di suruh pergi. Termengeluh, tapi aku teringat pesan ustaz. 

'Jangan cakap ah, eh, ala time parents suruh buat kerja.'

Aku pun tak boleh membantah, terus pergi. Lepas dah ambik, mama suruh susun kuih tu dan aku ter-mengeluh. Kakak aku yang dah besiap, mama tak suruh pulak buat. Bila aku suruh dia buat, dia marah aku, so bersabar jela.
 
Nak start je ceramah, semua boleh ambik rehal. Mula-mula aku ambik, tapi aku bagi kat makcik depan aku. Kesian la tak boleh berdiri. Time aku ambik lagi satu, memang tu rehal yang terakhir. Tiba-tiba makcik aku mintak. Mula-mula tak nak bagi, tapi mak aku paksa. Rasa nak nangis sebab time tu aku nak buat homework. Time tu memang tengah sabar gila. Rasa menyesal sebab bagi kat makcik depan aku pun ada.

Tengah haritu, lepas dengar ceramah kami dijemput makan. Aku ambik bubur dengan bersusah payahnya, sampai je kat meja mama suruh ambik, okay sabar lagi.

Balik tu je, kakak aku ajak pergi bangi central. Pergi la satu butik ni. Aku cakap kat mama nak kasut. Mama terus on je. Aku pelik jugak sebab selalunya dia akan kata kasut tu mengarut la, design ntah pape la. 

Aku rasa mama belanja nie berkat aku tahan marah tadi. Jadi korang kat luar sana, kalau ada apa-apa benda atau ada masalah, jalan terbaik ialah bersabar. Tak rugi bersabar dan mohon kat Allah. Setiap kesabaran korang tu, ada ganjarannya. Walaupun tadi mama kata

'Time raya tak payah beli kasut dah'

Alhamdulillah and thankyou mama! 

Tiada ulasan: