Halaman

Festival Belia Putrajaya 2015

Assalamualaikum

Letih seletih letihnya hari ni. Jawap exam macam nak pecah kepala. Nasib baik la subjek yang tak susah sangat. Ye lati, baca buku semalam sampai nak pitam.

Hari ni aku teman kakak aku pergi FBP. On the way nak pergi tak payah cakaplah, jam gila nak mati sebab final bola. Sampai je dah petang sebab aku pergi pukul 1 macam tulah. Kat sana memang banyak aktiviti tapi aku tak melalukan banyak aktiviti. Takkan aku nak pergi join orang menari. Kang terkejut pulak makcik makcik tu.

Kat sana ada macam macam aktiviti untuk belia. First time pergi sebab dulu tak sempat nak pergi. Bagi aku festival belia ni abgus jugaklah sebab para belia boleh tunjuk bakar dia orang. Tak adalah bakat terpendam sangat. Lagipun bagus jugak ada hari belia ni, tak adalah budaya melepak dia orang. At least ada jugaklah boleh join game ke benda ke. Hari belia ni lah kita dapat tengok bakat sebenar belia yang kita ada and minat mereka sebenarnya.

Memandangkan cuaca panas, aku beli ice cream pan tapi tak sedap sangat sebab aku salah ambik flavor. Bila aku nampak KopieSatu kakak start membebel. "Ais krim la, ice blended la"
Bila nampka tutti fruiti baru la dia minat sikit. Mula-mula untuk dia je tapi ada promo, aku tumpang sekaki jugaklah.

Satu cup rm10 tapi korang boleh pilih flavor apa and nak tambahan dia apa. Panas panas sambil menikmati ice cream memang syoklah. Macam kau tengah mandi air panas time salji. Kau rasa apa?

Aktiviti aku hari ni ambik gambar dengan artis!!! Aku jumpa Encik Mimpi, rasa macam mimpi pulaks.. Sebenarnya aku dah lama nampak dia time naik lari benda ntah tapi bila aku nak pergi, lori tu dah pergi. Sedih cheq. Merayu tu kakt kakak aku nak jumpa dia. Time qku tengah ronda nampak pulak booth dia. Terus excited.
Nampak tak dia pegang tasbih tu. 

Aku: EM, nak ambik gamba boleh?
EM: Boleh, tapi kena zikir dulu. *tunjuk tasbih*
Aku: *buat buat gelak ikhlas*

Aku memang lama dah follow dia sejak dia buat lagu 'putus di twitter' lepastu asyik nyanyi lagu dialah, dalam bila air nyanyi lagu dia walaupun kadang kadang aku teringat cikgu aku kata perempuan tak baik nyanyi dalam tandas. But sekarang i jarang tengok perkembangan dia sebab busy la. Sekrang baru dapat bukak blog. Aku kan ulat buku. *keningkening*


Aku jumpa azwan kombos!! Time dengan aku bergaya lagi, tapi time dengan kakak aku sopan gila nak mati weyh. Nampak gaya gentleman dia. Kalau tengok depan depan dia memang hensem. Aku kata kakak aku " kak dia hensem kan. Kenapalah dia clash dengan ex dia? Kalau tira, simpan dalam rumah je" memang pon. Ex dia macam melepaskan peluang yang besar. Mungkin tak ada jodoh kot. Tapi dia kan macam ada magic. 

First aku pergi satu booth ni nak tengok buku, tetiba kakak aku kata tu azwan kombos. Lepastu aku pun macam okaylah. Lepas kita orang keluar, aku dengan kakak aku jalan-jalan lepastu ternampak dia naik lori benda ntah dengan EM. Aku pun dah pelik. Bila masa pulak dia naik benda alah ni. Time aku pergi satu booth ni aku ternampak dia. Nak ambik gamba tapi malu tapi aku buat muka tak malu la. Berpusing tau kita orang semata mata nak tunggu dia free. Lepas ambik gambar, kami pun blah pergi kat tempat lain. Tetiba nampak dia. Rasa pelik la jugak sebab kita orang jalan sekejap je. Tapi dia memang best.

Sorrylah i tak banyak nak ambik gambar sebab malas nak ambik. Masih trauma untuk keluarkan barang berharga. Malas nak cerita, korang pergi la sendiri. Btw, i jumpa Khairy Jamaludin. Kau hado. 




Tiada ulasan: