Halaman

Girls Day Out

Assalamualaikum



Aku rasa start darjah 6 la baru rapat. Almaklum zaman akhir sekolah rendah and now kami still kawan macam dulu tapi jarang jumpa la.

Rabu lepas kita orang keluar ramai-ramai pergi Wangsa Walk je. Itu pun rasa macam rimas sikit sebab ramai orang memandangkan cuti sekolah. Alih-alih jumpa budak sekolah sendiri. Aku ni bukan jenis yang suka jumpa budak sekolah kat luar. Biasa la tu, korang pun sama kan?

Time nak bertolak pergi sana, ingatkan nak tumpang Maisarah tapi dia dah pergi dulu. Terpaksa la den pergi sorang-sorang naik LRT. Lepastu kena menapak pergi WW. Time aku tengah jalan, belakang aku ada  2 orang apek nak pergi class kot, nampak macam tergesa-gesa  je tapi lepastu aku berlumba dengan dia orang and last dia orang menang sebab aku guna tenaga banyak and terus pancit. Senaman di awal pagi. 

Bila dah semua berkumpul, kita orang pergi makan. Si Amirah ajak pergi makan Restaurant Octopus. Thai and Japanese cuisine. Nasib tekak ni boleh terima apa yang ditelan. Amira order sotong macam sashimi la. Fuh rasa macam kau makan kacang tapi berair. Nasib baik aku order masakan thai. Dia orang ni kat meja makan pun banyak ragam. Yang tak tahu guna chopstick la, yang makan campur-campur la. Yang Si  Deena order nasi belut tapi dia kata tak rasa belut pun.

"Hmm.. Tak rasa belut langsung. Tak tahula ni rasa apa."

Perangai semua tak berubah still sama. Ingatkan dah matang sikit rupa-rupanya lagi gila.Apa apa pun aku memang happy sangat kelaur dengan korang. Kita tengok 6D tapi aku pandang tempat lain sebab dia orang ambik ghost punya. Memang taklah aku nak pandang. Walaupun nak main bowling tak jadi. It's okay sebab aku tak nak main sangat pon and kita nyanyi sama-sama untuk lepas tension. 


Lepas PT3 kita keluar lagi tau!

Tiada ulasan: