Halaman

Teenager x Love

                                                           Assalamulaikum

                                             

Bersyukur sangat sangat sebab i dah habis PT3 but PMRI belum habih lagi. Huhu. Wahai blog, apa khabar dengan kamu. Aku dah lama tulis apatah lagi nak menjenguk. Sorry i busy dengan study. Ceh ayat macam budak u padahal baru form 3.

So memandangkan aku punya umur ni adalah umur petengahan antara nak muda dengan nak tua, banyaklah benda yang typical selalu terjadi dalam umur macam ni. Masalah ni memang selalu ada dalam remaja macam i ni. Apa lagi kalau tak CINTA or couple.

Aku paling menyampah bila bukak youtube, ada budak baya aku nangis depan camera sebab putus cinta. Wake up guys! Hang muda kot. Lagi satu, jaga maruah korang bila nak letak video kat youtube tu. Dok nangis nangis depan camera pastu kena maki dengan keyboard warrior, habis tercalar maruah.
Yang lebih teruk ni toreh tangan. Kadang kadang aku pelik la jugak sebab dia orang ni tak sayang tangan ke. Kalau aku, nyamuk gigit sikit dah gelabah takut tangan luka. Nanti tak cantik pulak untuk bakal laki aku ni kang.

Kepada sesiapa yang pernah putus di tengah jalan tu, aku faham apa perasaan korang. Aku pun pernah rasa gak. Tapi aku buat la benda berfaedah sikit. Aku pergi beli novel banyak banyak so aku dapat baca dan boleh lupakan masa lalu. Kalau tak boleh, berdoalah kepada Allah. Allah tu sentiasa mendengar keluhan hambanya. Yes, aku tahu sakit dia tu macam mana, sakitnya tuh disini tu.

Tapi bila aku fikir balik, kadang kadang tak ada faedahnya nak bercinta time muda mudi ni. Lebih kau hargai masa muda ni. Time nilah kau nak kumpul pengalaman. Kadang kadang ni bercinta ni jugak lah yang banyak hilangkan fokus kita, tapi bagi sesetengah orang la. Dulu bercinta memang best, pastu putus memang sakit. Dulu tersedar, selama ni mak ayah hantar pegi sekolah, suruh belajar, keluarkan duit bayar yuran, aku pergi bercinta. Hilang fokus, gagal dalam percintaan, gagal dalam pelajaran, aku musnahkan impian mak ayah. Tapi aku bangun balik dan terus berusaha untuk berjaya and banggakan mak ayah. Kalau korang sayang mak ayah, buatlah perkara yang membanggakan mereka. 

Apa yang aku nak cakap ni, kalau nak bercinta boleh tapi bercinta la dengan keluarga sendiri, kawan kawan, binatang, tumbuh tumbuhan. Maksud aku kat sini berkasih sayang la engkau dengan keluargamu, binatang, tumbuhan. Tak semestinya tak ada boyfriend or girlfriend tak hipster. Tak boleh mengadu, tak boleh selfie dengan pakwe. Ni biar aku cepuk golongan ni. Nak mengadu pegi kat tuhan atau pun kalau ada masalah pergi la mintak nasihat mak ayah. Nak selfie? Selfie la dengan family ke kucing ke. Hadoi tu pun susah nak pikiaq. Banyak lagi boleh buat.

Btw, hidup solo ni best tau. Kau boleh kawan dengan sesapa. Masa kau pun tak terikat. Phone kau boleh tinggal sesuka hati dah tak payah berkepit dengan phone 24/7. Phone habis bateri tak ayah charge hahaha. Tu aku la tu. Habis bateri je, tunggu seminggu dua or ada emergency baru charge.





Tiada ulasan: