Halaman

#Razitakespenang : Day 1

Assalamualaikum



Bulan lepas, aku dengan classmates aku pergi bercuti ke Penang. Sebenarnya kita orang dah plan before pt3 lagi. Mula-mula pergi perak tapi tak jadi. Lepastu kata nak pergi melaka, tapi melaka tak ada apa apa sangat memandangkan aku dah setahun bermustautim dekat sana, so rasa bosan sikit. And then fikir balik, apa kata pergi Penang je. Sebab sekarang ni penang kira tempat yang kira best untuk vacay. 

Before trip ni memang banyak dugaan. Hampir tak jadi kot. Tapi lepas bincang semua, alhamdulillah jadi jugak. Thanks to MT aka Majlis Tertinggi. Puih. Tak boleh blah tang majlis tertinggi tu. And pengarah kita orang Alif Hasman. Penolong dia siapa lagi, aku lah. Penat i pujuk budak perempuan pergi join trip ni. Segala penat lelah kami semua jadi benda yang paling best dalam hidup kita orang.

Hari pertama, kita orang berangkat dari sekolah dalam pukul 9 macam tu la lepas tunggu semua. Pastu. Berhenti rehat pergi makan and then bila pakcik bus isi minyak, kita orang smue keluar minum starbucks. Huhu. Penat jugak la akak starbucks layan kita orang.

Ni nak complain sikit pasal staff starbucks kat satu stesen minyak ni. Perangai macam apa je. Siap perli aku lagi. Kakak kaunter ok lagi, tang buat air haprak. So manager starbucks, sila la didik staff awak tu. Staff starbucks kat ampang point dengan kl sentral lagi baik. Den bagi 5 stars kat dia orang. Ramah and baik gila nak mati.

Ok habis cerita pasal starbucks. Bila dah sampai penang, kita orang pun pergi la War Museum. Orang kata tempat tu antara 6 tempat yang paling seram. Sorrylah, seumur hidup i, baru sekali je masuk rumah hantu so agak kecut jugaklah. Lagi lagi bila pergi satu bilik ni, tempat macam pelacuran and ada patung. Memang aku tak berani la nak pergi tengok. Bila pergi satu tempat askar jepun ni bakar mayat, memang bau minyak tanah yang dia orang guna dulu untuk bakar mayat. Dan sampai sekarang benda tu bau lagi. Sampai orang museum tu tak tahu nak buat macam mana. Tempat kena hukuman pancung pun still ada bau darah lagi. Seram tak. Huhu. Mesti dia orang dah pernah try sembur perfume tapi tak jadi apa apa. Takpa, nanti try perfume Victoria Secret pulak. Ihikss. Jk.

Pastu dekat sana kita orang kena lalu terowong kecik, budak laki jerit macam pontianak tak tahan nak pergi tandas kat belakang tu, budak perempuan jerit sebab ada lipas. Huhu. Pelik pelik betul classmates aku ni. Pastu jerit jerit sampai tangan aku tergeser ke dinding sampai jadi luka. Sakit dia menyengat la jugak. Time pergi penang ni, banyak benda yang luka la. Penang sayang aku latu. Saja je nak bagi tanda-tanda kat badan supaya jangan lupa dia. Uhuks

War Museum ni dekat dengan Jambatan Pulau Pinang yang kedua.
So dari jauh dapat tengok laut. Tak silap boleh nampak jambatan kedua sekali.

Ni time nak lompat ni. Saja je bagi gambar dia orang mencangkung. 
"Merenung keluar jendela,
angin bayu mniup lembut,
 lihat bintang diangkasa,
purnama menerangi gelapku"

Sesuai gak buat caption kat Instagram ni.
Lepas dah busuk sebab mandi peluh kat museum tu, kita orang cadang nak balik terus sebab dah tak tahan bau badan sendiri. Huhu. Kang pergi singgah makan, semua orang dalam kedai tu pengsan bau kita orang. Lepas sampai resort, terus naik atas. Budak perempuan tingkat 12 yang laki 18. Jauh nak mati. nak panggil dia orang kena mendongak keatas, buat sakit tengkuk je. Pemandangan dari rumah kita orang cantik gila. Indahnya ciptaan Allah ni. Yang best boleh tengok sunset la. Lagipun memang kita orang nak bilik yang betul-betul menghadap laut.


Aku dan Sofy terpisah sementara. Huhu. Dalam bus menyelit sebelah dia gak.
Malam tu, ingatkan nak makan dekat Padang Kota, tapi jauh sangat, so pakcik bus suruh makan kat night market Batu Feringgi.Time kita orang pergi tu, night market tu tak banyak sangat sebab kita orang tak pergi time weekend. Kalau weekend die orang cakap lagi best la. Plan nak naik beca tapi mahai sangat. Lagipun time jalan-jalan tu kita orang berpecah dengan budak laki time tu pulak semua  anak dara pingitan je. Kang abang beca tu bawak lari pergi Golok baru tahu.

Min acah acah jakun tengok lampu
Ulfah pulak amboi dah hipster sekarang.
Rai and Amal acah acah hipster
Aku dengan yang lain je baik dan sopan.
Time jalan-jalan cuak gak semua perempuan, malam malam pulak tu. Aku pulak bertukar jadi makcik-makcik cakap "Simpan phone tu! Kang ada juga kena curi tu." pastu membebel je. Time makan lagi kelakar dia orang ni. Ada je fikir bukan-bukan sampai kena panggil dua tiga orang budak laki suruh teman. Yalah, negeri orang manalah kita tau. Yang best kat area night market Batu Feringgi ni, semua ada weyh. Boost dengan starbucks pun ada. Rasa mewah sikitla. Ala-ala Bali gitu.
Pepandai korang cam kita orang. huhu
Lepas balik dari night market, kita orang buat Girls' Night. Pakai mask pastu mai UNO. Thanks Atikah sponsor mask. Muahciked. Tapi Girls' Night tu sekejap je sebab ada benda yang berlaku. Tak tidur sampai esok pagi. Baru tidur 5 minit, yang sebelah kejutkan. Last sekali, semua tak tidur dan menjamu MCD pepagi buat pukul 4 pagi. huhu. Esok tu time naik bus, semua tidur mati.








Tiada ulasan: