Halaman

#Razitakespenang: Day 2

Assalamualaikum

Memandangkan kita orang tak boleh tidur malam tu, kita orang pun decide nak pergi pantai pepagi buta. Katanyaa nak tengok sunrise tapi baru kita orang teringat yang matahari terbit belah timur. Bhahaha. so tak dapatlah nak tengok. Best jugak sebenarnya pergi pantai pagi-pagi. Sejuk nak mati. Aku siap baring baring lagi kat atas pasir. rasa nak tidur. Pak Guard hotel Shangrila pun pelik tengok budak-budak kat pantai subuh-subuh. Aktiviti kita orang kat pantai time pepagi buta tu adalah main pasir dan lari. aku tak faham jugaklah kenapa budak laki nak marathon kat pantai, yang kita orang ni pulak main pasir la, buat istana pasir la, yang aku pulak baring-baring dan tidur sekejap. Tak adalah tidur, just lelap mata sekejap je. Perempuan yang pergi 10 orang time balik ada 11 orang. Jangan terkejut sebab tu makcik Norida, dia pengiring kita orang. Boleh tahan jugaklah mak cik ni pergi sorang-sorang, gelap pulak tu. Aku pun kecut nak jalan sorang-sorang. 



Bila sehari hang tak tidur semua terbokang kat dalam bas. Aku masuk dalam bus terus tertidur. Nasib baik Batu Feringgi dengan Bukit Bendera jauh so dapatlah tidur lama. huwehuwehuwe. Walaupun dah sampai Bukit Bendera aku masih terpinga-pinga lagi. siap tanya lagi kat abang pengiring aku, Abang Anas kat mana sekarang. Tak cukup tidur, otak pun lembab sikit.

Kepada sesipa rakyat Malaysia nak pergi Bukit Bendera, silalah bawak IC anda. Kalau guna IC dapat murah, kalau tak bawak, harga dia sama macam pelancong. mahal jugaklah. Bak kata ayah aku "IC tu nyawa kedua kita tau. Bawaklah ia kemana-mana." Ayah aku cakap macam tu sebab time pergi Singapore, aku tak bawak IC. Nasib abang emigration kat Singapore tu tak tanya tapi dia just belek aku punya passport banyak kali sebab muka aku tak sama dengan muka dalam passport. Huh sabor jela. Itupun aku kena paksa dengan abang emigration time buat passport. Dia suruh aku lilit dengan selendang hitam sebab time tu aku pakai tudung sekolah putih.


time ni tengah tunggu train.
Aku tak tahulah time bila abang anas ni menyelit.


ni kat dalam train a.k.a. roller coaster

Hmmm.. View dia.. sejuk mata memandang.

Kepada pasangan couple, aku sarankan korang bawak lock key korang awal-awal..
Hmm.. kat sini mahal nak mati.




View dia, sumpah lawa. Rasa macam nak duduk sini je.Huhu
 

Lepas turun bukit bendera, kita orang pergi Penang 3D Trick Art Meuseum. Mula-mula ingat tempat ni besar macam ala-ala kat i-City Shah Alam, rupa-rupanya macam rumah kedai je. Aku pun terkejut bila tengok. Kecik dan comel je.

Lentik lagi kaki kau rai. Ntahlah tinggalkan aku dengan tikah. #kamitabah

Suka gambar ni. Nampak macam budak baik. Suci dalam debu gitu
Lepas pergi Penang 3D Museum tu, rasanya aku pergi Art Street kot. Nyah aku tak ingat sangat. Bhahaha. Tapi time pergi sana hampa sikitlah sebab aku ingat art street tu dia macam sepanjang jalan, rupa-rupanya dia stu tempat ke satu tempat. Sorry guys mana yang aku terbantah tak nak pergi sana. Huhuhu. Terpaksa terkejar-kejar nak pergi sana sini.
 






 
Aku makan pasembuq Padang Kota. Terbaik lah pasembuq dia. Memang tempat ni famous dengan Mie Sotong dia lagi. Perghhh sampai menjilat siku.  

Sebenarnya, kita orang ni terkejar nak balik cepat  sebab nak buat preparation untuk bbq. Mula-mula nak bbq kat area apartment tapi tempat tak strategic, so buat kat pantai, lagi best. Dapatlah menghirup udara angin laut yang sepoi-sepoi bahasa.  Hohohoho. Kita orang bbq sampai pukul 9 malam ke 10. Mula-mula aku join nak tolong bakar ayam, tapi lepas tangan melecur, muka kena asap, mata pedih, hujan, aku terus stop pastu kutip sampah. Pastu aku balik awal jelah, dah tahan sangat sebab aku baru baik dari demam.
 
since dalam bus lagi dah plan nak beli seluar corak-corak pastu pakai time bbq. Nasib semalam pergi night market, mula-mula ingat nak beli kat chow rasta rupa-rupanya tak pergi pun chow rasta. Nasib sempat beli kat night market. Tu pun aku macam nak tak nak beli sebab ada kedai jual rm20  Perghh Vietnam pun rm8. nasib ada satu kedai rm15 so i pun ambiklah. Hiks

 
Bila tengok balik gamba ni, tersendu-sendu cheq. Still tak boleh move on bila pisah dengan dia orang. Mula-mula masuk, tengok kelas ni macam hambar je, tapi bila dah lama, huru hara pun ada. Dalam kelas nilah yang paling banyak perangai manusia yang pelik-pelik. tapi seriouslah, aku memang suka gila kelas ni. Time form 4 berharap gak nak kelas dengan dia orang lagi, tapi hampa je. Classmates aku sekarang yang perempuan memang lah ok. Time laki, ya Allah. Krik krik sangat.










                                            
                                                          








Tiada ulasan: