Halaman

Review Movie Remember When ( Indonesia)

Assalamualaikum

Cerita pasal 4 orang kawan baik, 2 lelaki 2 perempuan. Tapi dia orang ni macam pasangan couple la. Freya and Moses nerd couple and Gea and Adrian ni macam romantic couple la. Tapi Moses ni kuat belajar sangat sampai Freya rasa macam terpinggir la tapi Moses ni memang sayang gila kat Freya.

Malam tu, dia orang janji nak double date, tapi Moses suruh Adrian ambik Freya kat rumah dia sebab Moses ada kelas tambahan macam tulah. Actually, Freya and Adrian ni jarang cakap and dia orang awkward sikit. Tapi bila Adrian ambik Freya, dia rasa Freya ni tak macam perempuan lain and dia rasa Freya ni menyeronokkan sebab dia orang minat benda yang sama. Bila dah sampai restaurant, Gea dah sampai tapi Moses tak jadi datang. Kesian lah Freya kena bahan dengan orang yang buat persembahan kat restaurant tu. Esok tu Freya macam merajuk dengan Moses sebab tak bagi tahu tak jadi datang. Tapi Freya ni jenis yang tak ambik hati sangat.

Time hari jadi kawan sekolah dia orang, Gea ni make over la Freya. Memang cantik gila kau tapi seksi sikit. So benda tu menyebabkan Moses marah and bawak balik Freya. Ramailah yang tak puas hati dengan Moses sebab tak bagi awek dia cantik. Freya tu nak jugak melawa tapi Moses tak bagi.Actually, Moses ni memang tak memahami awek dia langsung sampai awek dia suka apa pun tak tahu.

Suatu hari, Gea dengan Moses kena pergi Puncak sebab ada program. Tinggallah Freya and Adrian tapi dia orang ni masih krik krik lagilah bila time tak ada pasangan masing-masing. Dia orang pun buat hal masing-masing. Freya pergilah court basketball sebab nak practice jaringkan gol macam tulah sebab markah dia dalam PJK tak memuaskan. Tetiba time dia tengah practice, Adrian datang and ajar dia memandangkan Adrian ni kira pandai mainlah. (OMG! Part ni paling cute) Mula-mula Freya tolak tapi Adryan ajar jugak dia. Lama-lama dia pun dapatlah jaringkan gol. So lepas main, dia pun borak-borak dengan Adryan. And then Adryan tanya dia apa yang dia ada diberi kesempatan 2 benda yang dia nak buat, Benda apa yang dia nak? So Si Freya ni katalah dia nak terbang and nak romantic dinner (sebab Moses tak pernah buat untuk dia)

Malam tu, ada suatu berita yang amat sedih untuk Adrian bila dia dapat tahu yang mak dia meninggal sebab kena langgar. Time tu dia down gila sebab dia memang rapat gila dengan mak dia and dia tak berapa suka sangat dengan ayah dia. So Gea call Freya untuk teman Adrian. Freya pun pergilah teman Adrian and pujuk dia supaya tak down. Maybe Adrian rasa sedih sangat sampai nangis kat bahu Freya. Freya pun biarkan jela.

After kematian mak Adrian, Adrian tak sehappy dulu la sampai Gea pun macam bengang dengan Adrian ni but Freya selalu lah pujuk Adrian sampai dia termakan pujuk Freya. lama-lama, Adrian ni macam terjatuh hati dengan Freya, Freya pun sama tapi dia cuba halang sebab nak jaga hati BF dia and kawan baik dia. Time balik sekolah, dia orang pergilah tengok wayang. Time si Freya ni syok makan popcorn, tetiba Adrian pegang tangan Freya. Freya ni terkejutlah pastu dia pun terus pergi tandas. Si Adrian ni pun ikut gak. Bila Freya keluar dari tandas, Adrian tunggu dia tetiba ada budak-budak main lari-lari sampai Adrian ni terpeluk  Freya. So awkward time tu.

Memandangkan haritu Adrian ada tanya Freya pasal apa yang dia nak buat kalau dia diberi peluang, so Adrian ni bawaklah Freya pergi naik payung terjun and yang romantic dinner tu dia tak dapat sebab dah mala so dia dinner kat warung je.  Balik tu, pasangan masing-masing tanya. Gea dah merajuk dengan Adrian sebab dia lupan anniversary dia orang. Freya pulak terpaksa tipu pakwe dia. Masing-masing rasa bersalah.

Makin hari Adrian ni suka kat Freya sampai dia nak putuskan hubungan dengan Gea. Gea ni bengang sampai dia marah kat Freya sebab dia athu Freyalah punca dia.  Freya ni tak nak kehilangan kawan terpaksa  pujuk kawan dia and jauhkan diri dari Adrian. Time Freya datang kat rumah Gea, si Gea ni pergi tipu kawan dia sampailah Freya macam rasa bersalah gila. Time dia keluar rumah Gea, dia terserempak dengan Adrian and dia orang decide supaya buang rasa suka tu jauh-jauh. Tapi Adrian mintak peluk Freya untuk kali yang terakhir. Time tengah peluk tu, Si Moses datang and nampak. So, hubungan persahabatan Moses dengan Adrian pun putus and Moses pun dah putus dengan Freya.



Kat sekolah semua buat hal masing-masing and anggap macam tak kenal satu sama lain. Adrian and Gea still couple lagi sampailah dia orang berdua ni study kat London and Freya study kat Hong Kong. Moses menghilang. Bila dah lama-lama tu, Gea rasa yang Adrian ni tak macam dulu la macam fake la. Gea pun kesian kat Adrian and lepaskan Adrian kat Freya. So Adrian ni tersenyum kembalilah. Tapi yang paling kesian Gealah, dia macam terpaksa lepaskan first love dia.
Ending dia, first kiss dia adalah kat Hong Kong.

 





Tiada ulasan: