Halaman

Review Drama: Kiss Me (Thai Drama)

Assalamualaikum

Omaigod!! Nak buat review sikit pasal drama thai. Dah lama tak tengok cerita thai so nak kongsikan sikit.

Taliw dan Tenten. Dia orang jumpa time Taliw nak selamatkan kucing yang tak reti turun dari pokok, tetiba ada seorang mamat ni datang, mamat tu Tenten lah kan. Pastu dia tolonglah Taliw. Ouh scene ni berlaku kat sekolah dia orang.  Tenten ni budak pandai, dia baru pindah dari Japan. So Taliw tak sangkalah yang Tenten yang budak pandai ni nak masuk kelas dia, memandangkan kelas dia tak berapa nak pandai.

Bila dah lam-lama tu, Taliw ni macam dah jatuh cinta gila dengan si Tenten ni. Dia pun time cuti sebelum sekolah masuk, asyik-asyik tulis surat konon nak berkenalan la. Tapi bila sekolah dah start, si Tenten ni buat duno je dengan minah tu. Si Taliw dah bengang and putus asa. Taliw ni ada kawan, nama dia King. King ni suka tolong ayah Taliw sebab tu dia pandai masak. Walaupun kawan baik, King ni simpan perasaan dekat Taliw, tapi Taliw ni jenis lembap sikit. Sifir pun tak hafal.

Taliw kira anak orang susah jugaklah. Ayah dia bukak restaurant macam warung jugaklah. Satu hari, kedai ayah dia roboh sebab ada gas meletop. Taliw ni pun pindahlah rumah kawan ayah dia. Rupa-rupanya kawan ayah dia tu bapak kepada Tenten. Dan mak si Tenten ni suka dekat Taliw sebab mak dia suka anak perempuan sampai mak dia ni manjakan gila Taliw.

Cerita ni memang banyak konflik sikit. So korang tengok jelah. Takkan aku nak review setiap episod. Ye dok? Actually, cerita ni banyak version. Ada thai, korea, japan. Tapi original dia dari japan.

Japan [Klik Sini]
Korea [Klik Sini]
Thailand [Klik Sini]



Tiada ulasan: