Halaman

Review Movie Magi Hour (Indonesia)

Assalamualaikum

 
Cerita ni mengisahkan seorang perempuan, nama dia Raina, tapi orang panggil dia Rain. Sesuai lah dengan character dia yang suka main hujan. Dia seorang anak yatim piatu dan diambil oleh seorang makcik yang merupakan pemilik kedai bunga. (sorry i lupa nama dia) dan makcik ni ada seorang anak perempuan nama dia. Gwenny. Rain and Gwenny ni kira kawan baiklah. Susah senang memang bersama. 

Suatu haritu, mama Gwenny ni nak jodohkan Gwenny dengan anak kawan dia, Dimas. Si Gwenny ni takut nak kenal anak kawan mak dia sebab dia tak pernah jumpa dan takut apa-apa terjadi, dia pun mintak tolong Rain menyamar jadi dia supaya Rain ni dapat siasatlah siapa Dimas ni. Rain pun terpaksa akur sebab dia rasa terhutang budi dengan Gwenny.

Rain ni dia kerja kat kedai bunga mak angkat dia so dia kenalah buat makcik dia suruh macam hantar kat client ke ape ke. Satu hari, Rain nak hantar bunga kat client dia, tapi dia guna basikal la. Kononnya nak cepat kot. Time dia tengah bawak basikal tu, dia accident and just luka kat kepala je, Tapi Rain ni tak tahu pun siapa yang langgar. Dia pun macam tak kisah sangat.

And then malam tu Gwenny paksa dia pergi jugak walaupun baru lepas sihat. Si Rain ni ikut jelah. Okay part ni aku tak ingat sangat. Tapi yang aku tahu, time Dimas jumpa Rain, Dimas ni macam nak larikan diri sampai lah Rain kejar dia naik basikal (tak penat ke kayuh?) tapi Rain accident untuk kali yang kedua. Dan si Dimas ni rasa bersalah dan tolonglah si Rain.

Time Rain pergi hospital nak hantar pesanan bunga, dia terserempak dengan Dimas. Dia pun syaklah yang Dimas ni stalker dia. Dimas pun macam "Hekleh minah ni. Perasan je aku stalk dia." Tapi Rain bagitahu la yang sebenarnya dia bukan Gwenny tapi Rain.

Bila dah lama kenal Rain, Dimas ni pun jatuh cinta dengan Rain samalah macam Rain. Dia orang berdua janji takkan berpisah. Dimas ni pulak dah lupa yang dia ni akan kahwin dengan Gwenny sebab mak dia yang jodohkan. Satu hari, Gwenny bagitahu Rain yang dia akan kahwin dengan Dimas. Rain ni macam geramlah, tapi sebab dia ingat jasa yang mak Gwenny dengan Gwenny bagi, dia pun terpaksa move on. 

At the same time, Toby yang kawan baik Rain ni, da pun sebenarnya suka kat Rain, siap kat bilik dia semua gambar Rain, siap buat lagu untuk Rain lagi. Tapi si Rain ni buat bodoh je. Sampai Toby ni melamar Rain pun Rain tolak sebab Rain anggap Toby tak lebih dari kawan. 


Dimas dengan mak dia datang rumah Gwenny untuk bincang pasal pertunangan dia dengan Gwenny,
Time tengah makan, tetiba Rain datang. Dia terekjutlah bila terserempak dengan Dimas. Time tengah bincang tu, tetiba Dimas bagitahu kat semua yang sebenarnya dia cintakan Rain. Gwenny geram sampai tertolak Rain sampai pengsan.

Bila kat hospital Rain disahkan buta sebab effect time accident dengan kepala dia terhantuk dengan apa ntah. Bila kawan Rain datang, si Toby, nak melawat dia. Dimas belasah dia sebab rupa-rupanya dialah punca rain accident time first tu and dia tak bertanggungjawap. So selama dia tunggu orang nak bagi mata kat dia, si Rain ni selalu rasa ada orang yang perhatikan dia. Suatu hari, dia pun jumpa Dimas memandangkan  dia halau Dimas haritu and dimas adalah bagi dia hadiah.

Rain dapat tahu yang ada orang nak bagi mata kat dia, dia pun happylah sebab dapat tengok balikkan. Lepas je operation mata, bila dia bukak mata, dia nampak Dimas, tapi mak Dimas nangis tetiba. Si Rain ni pun peliklah kenapa mak dia nak nangis? terharu sangat ke sampai si Rain ni panggil anak dia.

Bila dah sihat, Rain pun keluarlah dengan Dimas, nak lepaskan rindu katanya. Tapi Dimas ni macam tak layan dia macam dulu lah. Ajak main hujan pun taknak. Ada satu masa tu, Rain tanya dia soalan tapi jawapan yang Dimas cakap dulu tak sama dengan jawapan sekarang. Rain dah dapat rasa dah tu bukan Dimas yang dia kenal. So dia suruh la Dimas ni bagitahy hal sebenar.

Rupa-rupanya Dimas ni ada kembar, nama dia (jap aku lupa la. Panggil dia Digang jela ssebab satu dah emas, lagi satu gangsa. Elok la tu.) Digang ni bagitahu la yang Dimas ni dah mati and penderma mata Rain tu adalah Dimas. Rain sedih gila tapi dia reda jela. Takkan nak gali kubur mamat tu balik. Last sekali, Rain pun dengan Digang dan Digang yang tak ada perasaan dekat dia pun dah mula jatuh cinta. 



Tiada ulasan: