Halaman

Kemas Rumah

Assalamualaikum

Cuti ni memang benda yang aku tunggu sebab nilah masanya untuk aku mengemas rumah. Ceh ayat macam suri rumah sepenuh masa je. Time sabtu ahad aku ni segar kalau bangun awal even tido lambat tapi time sekolah hm hari hari pengawas kat pagar sekolah tu nampak aku. Bila dah bangun awal, takkan nak tengok tvkan? so terpaksalah kemas rumah.

So ahad haritu, aku memang semangat gila la nak kemas rumah sebab rumah aku ni macam jenis berterabur cepat walaupun yang dalam rumah tu besar gajah. Lagipun time weekday memang mak aku tak ada masa nak kemas. Kat rumah, aku paling suka kemas dapur lah sebab paling senang. Just susun-susun barang je, basuh pinggan and whatever la.

Aku ni pulak jenis yang suka basuh pinggan, Kadang-kadang sampai  4 5 kali basuh pinggan. tu time aku rajin la. Kalau time aku tengah malas aku biarkan. so kalau ada orang salam dengan aku, pastu tangan kasar semacam je harap awak paham la ye. Hakhakhak. Bak kata orang, kalau salam mak mertua kena time tangan kasar, so dia tahulah kita ni buat kerja. JK.

Time aku tengah basuh-basuh pinggan semua. Buang sisa makanan la, sental kuali sampai berkilau tu semua, Tetiba aku rasa macam ada air jatuh kat leher aku sebab sejuk tetiba. Aku pun macam pelik la, apasal ada air bocor plak kat siling dapur ni? Aku pandang atas, tengok tak ada apa apa pun. Aku musykil gila. So aku macam nak laplah air yang menitik kat leher tadi. Tetiba aku rasa macam ada benda sejuk pastu liat. Rupa-rupanya, CICAK weyh!!! yang jatuh kat leher aku. Menjerit satu rumah. 

Aku bukan jenis yang takut cicak, tapi dia maca terkejut, pastu texture dia yang macam. Ergh. korang pergi la rasa. Sampai sekarang aku rasa lagi benda tu kat leher aku, So aku tak tahulah weekend ni nak mengemas rumah lagi ke tak.

Dear cicak,

I tak boleh lagi nak berkompromi dengan you lagi dah. Bye!

Tiada ulasan: