Halaman

Ada Apa Dengan Cinta 2

Assalamualaikum

Mak ayah aku memang dua dua asal daripada Indonesia so memang dari kecik lagi aku dan adik beradik aku 'disuapkan' untuk tengok cerita-cerita dari sana dan dengar lagu orang sana. Kau cakap jelah mana mana lagu dari zaman dulu sampai sekarang memang kita orang akan boleh jawap. Ceh. Aku rasa Indonesia kena buar reality show untuk kita orang ni. Huhu.

As you know yang aku ni memang suka gila tengok movie yang romance tapi paling suka comedy romance lah. Waktu kecik-kecik kalau aku balik kampung, ada je cerita yang best setiap malam. Sampailah aku terjebak tengok Ada Apa Dengan Cinta. Aku lupa bila kali pertama aku tengok tapi tak silap aku parents aku beli cd. Waktu kecik-kecik biasalah aku tak faham sangat cerita dia tapi bila dah besar ni tengok balik.
Benda yang aku suka dekat Ada Apa Dengan Cinta lagu dia lah best. Semua aku hafal weyh! Sebab maksud dia mendalam kot pastu dia tak typical macam lagu lain.

Selepas 14 tahun dan aku dah besar panjang di baru nak buat sambungan Aku rasa kalau dia orang kahwin time 2002 tu, memang anak sulung dia orang tu dah jadi junior sekolah aku tu. Dulu aku memang geram gila sebab cerita dia macam tergantung. Cinta kejar Rangga, pastu jumpa pastu Rangga pun bla. Macam tu je? Sampailah aku tertanya-tanya. dan pertanyaan aku terjawap bila aku search lagu Melly Goeslow tetiba nampak Ada Apa Dengan Cinta 2. Kuajaq, macam manalah aku tak tahu. Apa-apa pun aku happy sebab ada sambungan. Akhirnya!!

Okay sinopsis Ada Apa Dengan Cinta 1:

Cinta seorang gadis yang suka buat puisi dan setiap tahu dia akan masuk pertandingan puisi. Suatu hari, dia masuk pertandingan tu, bila sekolah nak buat pengumuman siapa pemenang, dia ingatkan dia akan menang, tapi ada seorang budak ni nama dia Rangga. Rangga ni ada masalah family tapi aku tak ingat masalah dia apa. So Cinta ni tak puas hati dengan Rangga and Cinta ni macam sidang redaksi sikit, dia kena buat berita pasal Rangga lagi la dia bengang.
Salah satu sebab aku sukatengok cerita ni sebab Cinta punya geng gempak gila. (Bagi akulah)

ni time die kena lepaskan Rangga kat airport

Sinopsis Ada Apa Dengan Cinta 2:

Kisah pertemuan antara Rangga dan Cinta. Rangga menetap dia New York sebab dulu tak silap aku dia kena pindah New York sebab ayah dia ni macam orang politik ke apa ntah dan sekarang dia nak balik nak balas balik cinta dia kat Cinta. aku tak tengok lagi so tak tengok ending lagi. Hehe. saje je nak kasi gempak.

Ada Apa Dengan Cinta 2 ni keluar 28 April and unfortunately, aku ada hal time tu and minggu tu tak dopek den nak pegi. Sedih gila. Baru nak jadi orang pertama yang tengok. HokHokHok.
Makin lama makin lawa pula si cinta ni. Haish
geng dia pun makin lawa.

Kepada sesiapa nak tengok cerita ni, korang tengok yang nombor satu punya dulu baru faham. Search je kat youtube, adalah tu.

1 ulasan:

Dkna Abza berkata...

wah !... cerita lagend ni.. best gila .. dulu duk ulang tayang tak puas..