Halaman

Pesta Buku 2016

Assalamualaikum

Semalam, aku dengan group usrah aku pergi Pesta Buku as outing usrah kita orang. Alhamdulillah semua dapat pergi kecuali sorang je sebab ada hal yang tak dapat dielakkan but its okay lain kali boleh manalah tahu semua boleh pergi.


It was a long journey. We have to take bus from UIA but before that, kita orang kena jalan kaki pergi UIA dari sekolah. Lepastu, naik lrt pergi KL Sentral lepastu kena ambik KTM pergi Serdang and naik bus pergi MAEPS. Sesiapa nak rancang pergi MAEPS, boleh la ikut cara kita orang.

It's really great cause kita orang kat sekolah jarang bercakap sebab semua ada kawan masing-masing but bila pergi outing ni, time nilah semua nak kongsi cerita. Gelak-gelak dalam train, menggila dan sebangainya. Sorrylah, aku ni walaupun form 4 tapi still menggila macam budak-budak. Inilah masa kau untuk menghabiskan masa kegemilangan kau. Dah besar nanti, mesti semua sibuk kerja, belajar.

 Mula-mula plan nak beli buku setengah jam je. Hmm memang taklah. aku pun beli buku kadang-kadang 2 jam. So, kita orang pun decide beli buku 1 jam macam tu..

 Aku beli novel-murah-murah and yang lama punya sebab dulu aku cari novel ni and tak sangka murah.
 Aku cari buku ni. So aku tanyalah sorang akak ni

Aku: Kak, ada tak jual buku Laki aku negro?

Akak: Dik, kalau nak cari karya seni ke yang novel novel tu semua kat belakang sana.

Aku: * Tepuk dahi* kak buku ni buku islamik la.

 Korang kena beli buku ni.  Bagi kesedaran. Kalau boleh, bagi kat makcik-makcikyang suka judgemental.

 Aku pergi booth Wahai. Biasalah buku Henshin je banyak. Aku bukan tak minat buku henshin but aku suka buka yang macam cerpen tapi buat aku sedar or sentap. Memandangkan aku beli novel cinta je banyak, so nak carilah buku yang bawak aku ke jalan benar. Ceh, acah je. Aku tak tahu nak pilih buku mana sebab semua menarik. Aku pergilah tanya kat kaunter tu buku mana yang best.

Aku: Bang, buku mana yang best?

Abang: *Keluarkan semua buku yang best* Semua buku ni best. yang ni baru keluar *tunjuk kat buku yang dalam gamba ni.* Ni yang pertandingan tulis cerpen haritu.

Aku: *Belek belek buku* 'ouh yang ni ke, nama aku tak ada pun'- cakap dalam hati

Abang: Cerita dalam ni memang best la. Awak kena bacalah sebab abang tak nak lah spoil kan awak.

Aku: Yang ni yang pertandingan tulis cerpen tu eh? Oh, haritu saya ada masuk.

Abang: Ouh yeke. Awak ni budak U ke?

Aku: tak, form 4.

Abang: Wah, form 4 dah pandai tulis cerpen, mesti best kan.

Aku: Eh mana tak adalah, tak menang tu, tandanya tak best lah tu.

Abang: krik.... Krik.... *speechless*

 Kepada yang murobbi, korang disarankan beli buku ni.
 Aku memang tiap tahun kena beli sebab aku dengan kakak-kakak aku suka kumpul paper bag dia. Hahahah. Tapi aku memang minat lawak dalam majalah ni.

 
last gambar kat ktm before semua berpecah.

Tiada ulasan: