Halaman

Wafa 2016: Day 1

Assalamuaikum


Dari awal tahun 2016, batch aku kena kumpul duit dan duit tu kitaorang akan gunakan untuk program keluarga angkat atau nama lain dia ialah Wafdul Amin.

25 Nov tu kitaorang bertolak dari sekolah time malam. Bagus jugak bertolak time malam, boleh tidur dengan lena sebab gelap dan sunyi. Tak adalah silau kena matahari. hehehe. Tapi tulah, tengkuk boleh tahan sakit jugaklah. Tapi apa aku kisah asalkan tidur. Benda yang tak bestnya, kawan kau yang satu bus buat perangai, pergi ambik gambar orang tidur. Aku yang tengah mamai ni pun tertanya-tanya "Tidakkah kalian mengantukss?"

26 Nov pagi kitaorang sampai dekat kampung Alor Besar, Pendang. Pagi tu, kitaorang kena kumpul untuk dekat masjid untuk majlis perasmian dan penyerahan anak angkat. Honestly, semua berdebar time penyerahan. Dia bukan apa tau, aku ni nervous sebab aku fikir rumah keluarga angkat aku je. Aku tak kisah pun kalau rumah dia kampung ke apa tapi satu jelah, aku ni sensetif dengan Pak K yang selalu duduk tandas orang. Lagi-lagi kat Kedah yang ada sawah padi tu. Aku memang dah doa siap buat solat hajat lagi supaya dapat rumah yang tandas dia tak ada Pak K tu.

Alhamdulillah aku dapat keluarga angkat yang best dan alhamdulillah tandas ok. Hahaha teruknya aku ni. First-first tu macam biasalah. Awkward dengan semua orang lepastu dengan tak faham bahasa dia orang. Aku pun angguk-angguk jela bila diaorang borak. Adalah aku paham tapi kalau dia cakap laju, aku pun angguk laju lah acah faham.

Inilah family angkat aku tapi aku rumah dengan TOK (yang pakai jubah hitam tu) yang lagi dua orang duduk ruma
anak tok ni ( Mak Yati aka Mak)

Petang hari pertama tu, ada 'Ziarah Mahabbah'. Ziarah ni macam pergi rumah orang yang susah dan beri sumbangan dekat mereka. Ziarah mahabbah ni kena ikut group, aku dengan Sofy and dua orang lagi budak laki, Haikal dan Naim. Group aku ni kena melawat dekat bahagian Timur aku pulak duduk dekat Barat. Aku dengan Sofy jalan kaki pergi sana dari rumah. Nasib jumpa kak long, tu yang dia terus hantar sampai rumah dan baru kita orang tahu Surau tu jauh sangat-sangat. Sepatutnya sebelum WAFA ni ada Tamrin tau. Tamrin ni kira macam rehearsal untuk WAFA. Apa yang kena cakap time ziarah tu nanti ada lah aktiviti lain jugak  tapi aku tak datang sebab balik kampung dan Sofy pun sama tak datang. So, time Ziarah tu kami pun macam *krik krik* sikit sebab tak tahu nak tanya apa. Hmm nasib ada jugaklah idea tapi tu pun seketui-seketui yang keluar sampai Cikgu Syaheera cakap "Cikgu dah habis modal dah nak cakap ni." dan aku pun jawap "Cikgu, saya lagilah tak ada modal nak cakap apa ni,"

Habis ziarah tu terus balik dan tidur mati sebab penat tak habis. Bayangkanlah, pergi pukul 11 lepastu faham-faham jelah tidur dalam bus macam mana dengan sakit tengkuknya lagi. Okay ni baru hari pertama tau bukan hari kedua lagi.

Tiada ulasan: