Halaman

Wafa 2016: Day 2

Assalamualaikum

Okay sambung untuk hari kedua.

Bangun pagi awal-awal solat subuh lepastu tolong Tok masak bihun goreng. Nampak tak ciri-ciri wanita melayu terakhir disituh. Kah. Gurau je. Pagi tu aku kena bangun awal sebab ada ceramah motivasi. Aku kena jagalah budak-budak yang join motivasi tu. Yang datang semua comel-comel, kecik je.

Budak kecik ni nama dia Akmal. Dia ni adik angkat kepada kawan aku jugak. Time tu aku tengah fikir, lepas motivasi ni nak buat apa? Sebab hari ahad tu kita orang tak ada apa-apa aktiviti. Takkan nak duduk rumah jekan. aku tanyalah dia, siapa punya basikal tu, sebab aku tengok banyak basikal kat tempat letak motor, dia cakap ada satu tu  dia punya. Aku kata aku nak pinjam. Kami pun berjanji ala ala dating nak ronda kampung naik basikal. Siap pesan lagi "Jangan lupa tau. Pukui 3 nah." aku pun meng-iyakan kan.

Leps motivasi, balik rumah buat Laksa dengan Mak Long. Jakun bila tengok orang buat laksa kedah. (nampak sangat budak bandar). Dah nak pukul 3 tu, aku pi la dating dengan si Akmal ni, dia bawak geng dia jugak, peh plan dating kami hancurss.



Actually  pergi ronda untuk cari tempat yang lawa, nak ambik gambar tapi time tengah cari, kak long pulak call sebab nak bawak pergi jalan. Aku dengan Sofy pun  merempit untuk pulang ke rumah. 



Masjid Zahir. Masjid tertua kat Alor Setar


Pantai sebelah Marina Harbour
Malam tu makan Nasi Kandar Haji Ramli. Sedap gila beb korang kena try. aku ni selalunya susah sikit nak telan nasi kandar tapi yang ni aku boleh makan. Tak ada gambar la sebab time tu kamera macam menggila sikit dan segan nak ambik gambar time makan.

Terima kasih kak long, kak una, mak dan semualah sebab bawak budak kl ni berjalan. Kedah not bad. Boleh tahan best jugak yang penting lagi aman dari KL. hahahah

Tiada ulasan: