Halaman

Wafa 2016: Day 3 & 4

Assalamualaikum
 Day 3:

Hari ketiga aku bangun pagi sebab nak asingkan barang untuk aktiviti seterusnya. Sebenarnya tengah gelabah sikit sebab malam semalam budak sukaneka kata barang dia orang tak ada. So aku pergi awal semata-mata nak check barang tu.

Hari ketiga ni ada 3 aktiviti serentak. Gotong-royong untuk bersihkan masjid, surau, kubur. Kenduri kita orang sembelih kerbau. Sukaneka, permainan untuk menghiburkan penduduk kampung. Gambar aku tak ambik sebab sibuk cuci pinggan. Penat beb. Petang tu sukaneka pulak peh lagi la penat dengan padang basah lagi. Aku redah jelah padang tu dengan berstokin bagai.


Muka redho kena panas. Bagi sikit vitamin kat muka ni. Ingat mat salleh je ke buat. Balik KL mak bising asal muka hitam. HUH!  
Petang tu hujan. Bila kat KL nak mandi hujan tak boleh sebab hujan asid. Kat Kedah kita orang redah je siap buat video clip lagu hidustan. Well, ini je masa nak gembira macam ni, nanti dah tak boleh dah.

Malam tu Mak Ayah ajak BBQ kat rumah pulak. Sebenarnya penat tak habis lagi tu. Tapi tetap kena pergi jugak sebab malam tu malam terakhir kat Kedah so kena la create memory sikit.




Day 4:

Pagi pagi Mak Long bangun nak buat Nasi Daging untuk 'anak-anak' dia ni. Sedap beb! Rasa macam nasi arab. Mak long pun ajak anak-anak mak and anak-anak pakcik nordin datang sekali sebab mak long saja buat banyak dengan jiran sebelah aku sekali dia ajak makan.

Honestly mak long, masakan mak long sangat sedap sepanjang kita orang kat Kedah. Terutama sekali sambal belacan lepastu cicah pulak dengan pucuk putat. Ya Allah! Nikmat.






Nak balik tu semua menangis termasuk aku. Sebak pulak nak tinggalkan Kedah. Mak tak bagi balik dia cakap tinggal je sini cuti banyak lagi. Kalau boleh memang nak stay je mak. Terima kasih kepada keluarga angkat yang sudi terima kami yang serba kekurangan dan kebandaran ni. Doakan kita orang dapat buat Wafa 2.0. Kami sangat enjoy duduk dekat sini. Terima kasih semua!!

Tiada ulasan: