Halaman

Cara Hilangkan Stress

Assalamualaikum


Memandangkan tahun ni tahun peperiksaan untuk aku. Semestinya stress itu ada. Aku selalu tertanya-tanya siapalah yang tak stress kat dunia ni. Orang gila? Orang gila pun sebelum jadi gila dia stress lagi teruk. Selain itu, bila kau stress mesti emosi kau macam tak stabil kan? Lepastu, orang sekeliling kau yang tak reti-reti nak faham perangai manusia pun mengata kau ni cepat marah lah, mengata bagai. Bukannya nak tolong ke apa. Ceriakan ke, tadah telinga nak dengar masalah ke.

 Bila emosi tak stabil, kau pun tak ada kawan nak tolong kau. Ini selalu berlaku dan benda ni lah nak tahu mana kawan mana lawan. Waktu ni lah kau dapat menilai perangai kawan-kawan kau sebenar. Kadang-kadang ada yang nak berkawan sebab duit, tak pun nak tumpang popular kau.

So, aku ada beberapa tips nak share cara mengawal stress. Anggaplah stress ni makhluk yang ntah pape yang harus dimusnahkan sebab mengganggu ketenteraman hidup.

1) Bila aku stress, aku suka dengar lagu yang high note dan aku akan nyanyi sampai keluar anak tekak. Cara ni sebenanrnya sama macam korang menjerit bila stress, tapi kalau nak jerit, mak pulak masuk bilik tengok anak kena histeria ke apa. Lagu yang aku sarankan lagu "Sudah ku Tahu" atau pun 'I Knew Were Trouble"
Peh memang jerit habislah. Mak aku pun pikir aku nyanyi. Padahal tengah jerit sebab stress.

2) Alihkan perhatian korang dari pikir masalah korang. Try untuk tengok movie. Tapi movie tu janganlah cerita yang sedih pulak. Carilah cerita yang lawak sikit. kang kalau tengok cerita sedih, kau pulak stress dengan jalan cerita dia. Sebab haritu aku penah kena. Kononnya tengok drama Goblin nak hilangkan stress, sekali time episod akhir, aku pulak stress dengan ending dia. Sampai sekarang tak hilang lagi.

3) Tengok korang punya artis kesayangan nyanyi, pastu jerit. Peh part ni aku suka sebab berangan banyak. Aku suka tengok MV Cn. Blue. Bila Jonghyun nyanyi aku pun jerit kegilaan sebab dia hensem sangat.

4) Bila kau terlalu stress, mesti rasa macam nak nangis. Please jangan nangis sangat. Buat malu je. Aku ni jenis tak suka nangis depan orang sebab orang nampak kelemahan aku and nanti dorang pikir aku mengada-ngada. So, cara nak tahan nangis, genggam tangan lepastu tepuk dada. Alah kalau korang tengok cerita ON the Way to Airport yang kdrama tu, mesti korang tahu cara ni.

Walau apa pun cara korang gunakan untuk hilang stress, ingatlah kepada Sang Pencipta kita. Cikgu aku pernah kata, "Kalau awak tengah ada masalah sangat. ambik wudhu' and solat sunat 2 rakaat, mengadu dekat Allah"

Benda ni lagi mujarab nak hilangkan stress korang sebab Allah bagi masalah or ujian sebab dia rindukan luahan hambanya. Sekian.



Tiada ulasan: