Halaman

Bulan Mulia, Azam Baru

Assalamualaikum



So hey! Ramadan Kareem! After two weeks pecah otak jawap soalan periksa, so time ni jelah masa nak menulis. Walaupun cuti, tetap sibuk dengan semua benda. #sisstress

tahun ni, aku banyak dengar pasal perempuan kena hina, kecam, maki. Bila dah berubah, diperli, bila dia orang buat jahat balik, kena kecam pulak. Aku tak tahulah kenapa mentality orang Melayu macam ini. Aku tak cakap yang ni baik, tak fikir macam dia orang jugak. Dulu aku ada je perli-perli bila dia orang berubah tapi aku fikir balik, Perlu ke aku buat semua ni?  Bila dia orang buat jahat balik, tak rasa bersalah ke? Sekarang, aku selalu menyesal dengan perangai aku dulu. Entah pape. Suka judge dulu sebelum tahu apa-apa. Suka dengar apa orang cakap tanpa siasat. Kadang-kadang tepuk dahi bila teringat perangai sendiri.

Kepada lelaki, aku faham zaman ni kemunculan bidadari dunia ni banyak sangat and maybe mereka sangatlah cantik sampai korang tergugat iman but kenapa nak perli perli perempuan ni. I dont get it la boy. Aku tahu korang sebenarnya nak menegur aweks-aweks yang terlampau terdedah ni. Tapi bukan cara mengecam dorang. maybe ada cara korang boleh pakai. Bimbinglah kami dengan cara yang baik. And lagi satu, tak tahulah kenapa kan, aku paling panas bila tengok artikel yang lelaki kat Malaysia ni selalu kacau  perempuan bertudung and perempuan yang betutup litup ni. Hey guys! Jagalah iman tu. Takkan kalah kot dengan Mat Salleh. Perempuan dia orang lagi sexy kot.

Pada bulan mulia ni, nak mintak maaf kalau terkasar bahasa selama ni. Bulan ni jugak aku cuba untuk berubah kearah yang lebih baik. Dont judge people before you truly know their story. Kepada yang pernah buat salah dan dosa tu, silalah menyampah dengan perangai korang yang entah pape tu. Sekian.



Tiada ulasan: